Aku ingin kembali di jalanNya
Tapi mengapa ianya amat sukar
Adakah dengan perubahan ini hatiku sudah bersedia
Amat sukar bagiku meluahkanya dengan kata-kata apatah lagi inginku lakar
Pintu yang ada di dalam hati ini
Perasaan yang ku simpan untukMu
Semua itu ada jauh di sudut hati
Namun aku sedar yang diri ini milikMu
Ya Allah aku pasrah dengan keadaanku
Ya Allah aku rela kecundang dalam takdirMu
Aku cuma ingin hidup meniti waktu
Hingga hari itu tiba
Aku mohon terangi hidupku dengan cahayaMu

'''Dalam hidup kita ini ada masanya dicemari dengan dosa,jadi tidak salah jika kita mengaku akan dosa kita kepada maha pencipta,hidup sebagai hamba janganlah sombong,kerana setiap perbuatan kita tetap saja akan dilihat olehNya'''
ReplyDelete