Puisi ‘buta telinga, tuli hati’ adalah karya saya sendiri. Pergolakan dunia masa kini telah mendorong saya untuk menulis puisi ini. Kenapa judulnya buta telinga, tuli hati? Bukankah telinga itu yang tuli dan yang buta itu mata? Dalam konteks puisi saya ini, buta bermakna gelap dan tidak lagi mampu untuk melihat manakala tuli pula tidak semestinya tidak mendengar. Ada yang tuli tapi masih mampu mendengar berberapa ayat yang dicakapkan. Buta telinga bermakna apabila manusia itu sudah tidak lagi mendengar apa yang disampaikan oleh agama dan undang-undang maka ini berumpama telinga mereka jauh dari tuli tetapi sudah buta. Manakala, tuli hati membawa maksud, kita tahu perkara yang kita buat itu adalah salah tetapi tetap sahaja kita lakukanya tanpa mengendahkan baik dan buruknya nanti. Sekarang saya akan menterjemahkan makna puisi saya ini dari rangkap ke rangkap.
“Langkah waktu semakin pantas,
Meninggalkan mereka yang alpa,
Menyeberangi batas,
Tanpa kelibat dan suara...”
Maksud rangkap bait di atas ini membawa erti, perjalanan detik waktu dari hari ke hari tidak kita rasai. Ia akan berlalu dan tidak akan menunggu mereka yang lalai dengan urusan duniawi. Mereka berbuat sesuka hati mereka sehinggakan sesuatu larangan itu dicerobohi yang diumpamakan sebagai sempadan atau perbatasan. Mereka melanggar undang-undang yang ditetapkan dengan sekelip mata sahaja.
“Manusia lupa,
Dunia bukan milik mereka,
Pangkat dan harta,
Mengaburi jiwa manusia...”
Makhluk yang bergelar manusia ini dicipta oleh Allah tidak sempurna. Didalam ketidak sempurnaan itu terselit juga sifat lupa dan sifat lupa ini juga yang akan membuat manusia itu lupa siapa maha pencipta. Mereka asyik mengejar pangkat serta wang dan ini akan membuatkan mereka lebih bernafsu untuk mendapatkan sebanyak mungkin sehingga lupa untuk berterima kasih kepada Tuhan.
“Perang sana sini,
Korupsi megah berdiri,
Keadilan luntur dicemari...”
Kita lihat di negara asing, tatkala kita sedang enak tidur beralaskan tilam, ada manusia yang tidur beralaskan pasir dan debu. Perperangan lahir dari sumber dendam dan dari perperangan ini berjuta nyawa yang tidak berdosa sengsara. Korupsi pula semakin membiak. Cuba kita lihat sendiri makna korupsi ini. Dalam bahasa Inggris, korupsi diterjemakan sebagai “corruption” ianya dari kata singkatan ‘corrupt’ dan ia membawa erti busuk, rosak, menggoyahkan, memutarbalik dan menyogok. Dari sudut pandangan saya sendiri apabila sesuatu undang-undang itu dikhianati maka ia sudah dilabekan sebagai rosak (corrupt). Kalau biasanya kita kaitkan wang dan hadiah sebagai korupsi, apa pula halnya dengan korupsi yang berdasarkan kekeluargaan? Ya, benar hubungan keluarga juga mampu melahirkan korupsi. Bagaimana? Contoh: Awang A mempunyai seorang saudara (Awang B) di jabatan kerajaan/swatsa sebagai pengarah. Awang A telah mengambil jalan pintas dengan menghubungi saudaranya itu Awang B untuk meminta BANTUAN agar ia dapat diterima di jabatan yang di jaga oleh Awang B tanpa melaui prosedur yang betul iaitu seperti mengisi borang,temu duga dan ujian. Oleh kerana Awang B adalah saudara kepada Awang A, jadinya beliau telah tidak teragak-agak untuk menerima Awang A sebagai perkerja bawahanya tanpa melaui prosedur.
Nah, disini jelas bahawa sesuatu konstitusi dan juga undang-undang itu telah pun dicerebohi ataupun di rosakan. Inilah namanya ‘corrupt system’ iaitu sistem yang rosak akhirnya menunding jari ke arah korupsi walaupun niatnya ingin membantu. Tidak mustahil sesuatu jabatan itu dilabelkan sebagai ‘jabatan keluarga’. Dari sumber ini jugalah keadilan itu sudah tidak lagi dipandang. Ianya Cuma ada diatas kertas dan bukan pada tingkah laku kita sendiri.
“Nyawa dijadikan taruhan,
Menghembuskan duka pada semua,
Tangisan dan rayuan,
Tiada bermakna dimata mereka...”
Apabila keseimbangan undang-undang itu sudah tidak lagi seimbang maka ada individu/kumpulan yang tertentu akan bangkit untuk memperjuangkan apa yang benar. Namun dari sinilah akan timbul bala bencana yang tidak pernah mereka rancang seperti rusuhan, mogok dan perperangan. Ia akan membawa kemurungan kepada pihak-pihak yang teretentu dan tidak mustahil seluruh negara tersebut akan terpalit atas perbuatan mereka ini. Mereka yang tidak berdosa akan merana namun tidak ada pihak yang akan memperdulikan mereka ini.
“Berlegar diantara dusta dan benar,
Ditaburi janji nan manis,
Semuanya lakonan dibalik layar,
Menyingkap lembaran kemusnahan...”
Maksud berlegar diantara dusta dan benar ini memfokuskan kepada pihak yang tidak berdosa iaitu mangsa kejadian. Mereka akan didatangi oleh pihak-pihak tertentu dan berjanji akan mengembalikan undang-undang seperti sedia kala dan ada juga pihak-pihak yang mengancam nyawa mereka lantas mangsa-mangsa ini akan keliru kepihak manakah harus mereka berlindung. Ini semuanya janji kosong lagi dusta. Semua itu hanyalah satu sandiwara perperangan untuk mengambil hati para mangsa kejadian agar jatuh ketangan mereka.
“Sampai bila ia begini,
Tiap malam tak lagi sepi,
Diserang ketakutan bertubi-tubi...”
Seperti apa yang ditulis diatas, sampai bila kejadian ini akan berlarutan. Siang meskipun malam tidak ada ketenangan. Setiap detik ketakutan pasti hadir dalam fikiran.
“Bumi dulu yang hijau,
Kini tandus dan gersang,
Sungai dan lembah yang biru,
Kini mengalir darah pejuang...”
Sebelum perperangan berlaku, sesuatu negara itu akan aman namun apabila perang melonjak, maka tidak lagi ada ketenangan. Bandar yang dulunya indah dan menawan sekarang cuma dihiasi longgokan batu bata dari bangunan-bangunan yang hancur musnah. Dan di jalan pula berlumuran darah-darah mereka yang mempertahankan kebenaran dan darah yang tidak berdosa.
“Manusia lupa,
Akhirat sering menyapa,
Berulang kali,
Tapi kita berbuat tuli.”
Manusia juga yang membina temadun dan akhirnya mereka juga yang akan memusnahkannya dengan kehendak Allah. Setiap agama yang ada di dunia ini semuanya mengajar kebaikan dan tidak ada yang mengajar kemusnahan. Islam berpegang kepada Al-Quran. Di dalamnya ada mengatakan tanda-tanda akhir zaman. Kita membacanya dan mendengar melalui media massa tapi walaupun ia dibacakan berulang kali, namun kita sebagai manusia ini hanya berbuat tidak memperdulikanya. Hanya segelintir yang beriman kepada-Nya akan melihat maksud itu sebagai suatu amaran.
Saya berharap para pembaca faham akan maksud puisi yang saya hasilkan ini. Puisi ini adalah puisi yang telah bertempat di dalam hati saya sendiri. Kita manusia tidak mampu mengubah hala tuju dan perbuatan manusia yang lain tapi kita hanya ada hak untuk menasihati dan membuka mata mereka. Sekian terima kasih,
Muhamad Najib Abdullah @ Karma Jumantara
No comments:
Post a Comment