
Engkau menjejak kaki di bumi asing
Dengan seraga harapan
Mencari rezeki bersama bayang
Menumpang simpati pada insan.
Di desa
Tanahmu digadai
Untuk bekal bertaruh nasib
Sekembalimu nanti
Hidup akan membawa makna.
Wajah suci anak isterimu
Bagai bara yang menyala
Dalam syahdu
Membingkai air mata.
Perjalananmu siapa yang mengerti
Ke mana hendak di tuju
Di mana ia akan terhenti
Mengorak langkah bersama detik yang berlalu.
Engkau dipeluk sepi
Mengenang nasib yang ada
Di rantauan engkau sendiri
Berselimutkan duka.
Rezeki akan hadir
Bila engkau berusaha
Inilah takdir
Dugaan dari Tuhan yang maha esa.
Sabarlah wahai musafir
Ribut pasti berlalu
Usah engkau gusar
Kerana Tuhan sentiasa melindungimu.
No comments:
Post a Comment