Monday, 10 October 2011

Biarkan aku menulis


Terurailah sudah kekusutan didada
Memberi makna perjalanan ini
Aku meninggalkan jejak
Di wajah yang berdebu dan gersang

Apalah adanya pada diri ini
Aku cuma membingkai puisi
Disebalik tulisan
Bukan dibalik lisan.

Aku mengerti
Tiada manusia yang tidak retak
Semuanya membawa erti
Semuanya membawa diri.

Biarkan aku menulis
Melakar ayat bersemadi dihati
Aku menangis
Bukan kerana dilukai
Tapi kerana mereka berbuat tuli
Enggan mendengar luahan insan yang kerdil ini.

Mengapa harus kami menderita
Atas perbuatan yang bukan salah kami
Tanya pada diri yang membaca
Adakah kita layak menjadi penilai.

Hidup kita semuanya ada cerita
Jangan biarakan ia berlalu umpama api dalam puntung yang hanyut
Lambat laun kita jua yang merana
Akhirnya siapa yang akan mendengar hati yang menjerit.

No comments:

Post a Comment