
Apabila hal yang sekecil debu dipersoalkan
Apa pula erti kehidupan
Biarlah diri ini berdiam sahaja
Daripada berpura-pura
Negara luar kian merana
Apa halnya dengan hidup kita
Dunia kini dihiasi dengan wang dan harta
Padahal manusia masih lagi alpa
Dengan tangan ini
Kita jua membangun hidup
Kita jua yang sengsara
Kita jua yang membinasakan
Kita jua melumurinya dengan tinta merah
Apalah ertinya suara tangisan kanak-kanak
Kalau diri ini masih lagi leka
Kita menjadi hamba dunia yang tamak
Kita lupa diri ini tidak sempurna
Keimanan dan ketaqwaan
Sekedar di tebing lisan
Islam dan Al-Quran
Dipakai umpama lusuhnya pakaian
Mana?
Mana harga diri kita?
Mana?
Mana hala tuju kita?
Wang dan senjata
Selagi ia masih direka
Jangan mengharap tangisan akan terhenti
Jangan mengharap dunia akan aman damai
Engkau dan aku
Kita hanya manusia
Suatu hari kita akan diambil kembali
Tanya pada diri ini
Adakah kita layak berpijak di bumi ini
Adakah kita layak berlindung di bawah naungan angkasa
Kita cuma mampu kembali kepada-Nya
Berdoa kepada-Nya
Berlindung kepada-Nya
Beriman kepada-Nya
Bertawakal kepada-Nya
Dan
Percaya akan kekuasan-Nya
No comments:
Post a Comment