Apa yang kita genggam
Semuanya nyata
Apa yang kita lihat
Semuanya nyata
Apa yang kita rasa
Semuanya nyata
Apa yang kita dengar
Semuanya nyata
Apa yang kita fikirkan
Semuanya nyata
Apa yang kita nilai
Semuanya nyata
Apa yang kita guna
Semuanya nyata
Apa yang kita perolehi
Semuanya nyata
Apa yang kita ambil
Semuanya nyata
Apa yang kita kasihi
Semuanya nyata
Apa yang kita buat
Semuanya nyata
Apa yang palsu
Hanyalah diri kita sendiri
Monday, 30 December 2013
Thursday, 26 December 2013
PESAWAT KERTAS
Sepuluh jari memetik abjad
Duduk bersendirian di dalam ruang yang sepi
Setiap sudut bertelanjangan tiada nada bersahut
Bilaku bunyikan senandung sepi.
Ku menatap layar persegi
Menyiram nukilan yang lama tak di basahi
Walau agak tenang namun masih sunyi
Cuma dengusan nafasku yang menyelubungi.
Ke mana perginya mereka?
Di atas meja tertunggak amanah yang membukit
Siapa yang akan meringaninya?
Adakah aku atau anda yang hilang bagai pelesit?
Bosan memamah diriku
Kertas putih menjadi mangsa kebosanan
Terciptalah sebuah pesawat kertas olehku
Padanya aku tiupkan hasrat yang terpendam
Bilaku melangkah ke luar
terbanglah ia di bawa oleh arus dunia.
Duduk bersendirian di dalam ruang yang sepi
Setiap sudut bertelanjangan tiada nada bersahut
Bilaku bunyikan senandung sepi.
Ku menatap layar persegi
Menyiram nukilan yang lama tak di basahi
Walau agak tenang namun masih sunyi
Cuma dengusan nafasku yang menyelubungi.
Ke mana perginya mereka?
Di atas meja tertunggak amanah yang membukit
Siapa yang akan meringaninya?
Adakah aku atau anda yang hilang bagai pelesit?
Bosan memamah diriku
Kertas putih menjadi mangsa kebosanan
Terciptalah sebuah pesawat kertas olehku
Padanya aku tiupkan hasrat yang terpendam
Bilaku melangkah ke luar
terbanglah ia di bawa oleh arus dunia.
Tuesday, 26 November 2013
Aku Fathur Satriawan: Bahagian Kelima
Sepanjang hari aku berada di dalam masjid sambil memikirkan ke manakah akan aku tuju. Aku tidak mempunyai wang yang cukup untuk berberapa hari tapi akan aku usahakannya. Pada malamnya aku merayau untuk mencari sesuatu buatku jadikan rezeki. Dengan izin-Nya aku diberikan hidayah. Ku ambil kantong yang berada tidak jauh daripada pembuangan sampah dan aku mula mengumpulkan tin-tin minuman yang terbuang. Selama 4 hari aku hidup hanya dengan mencari rezeki sedemikian tapi ianya masih belum cukup untuk hidup di bumi yang serba baru bagiku ini. Setiap malam aku akan berjalan-jalan seperti orang yang kehilangan anaknya namun begitu sebenarnya apa yang aku cari itu adalah masa hadapanku. Seandainya orang ramai memahami perbuatanku ini alangkah indahnya namun sebaliknya mereka akan merasa jijik melihat penampilanku dan akan menjauhkan diri mereka sejauh yang mungkin. Aku bukan orang yang tidak siuman tapi keadaanlah yang membuatkan aku seperti orang yang tidak siuman. Pakaianku cuma ada 3 pasang sahaja. 2 pasang adalah untukku mencari rezeki di luar sana dan 1 pasang lagi adalah khas buatku beribadat kepada-Nya apabila berada di masjid. Tiada yang tahu aku hidup gelandangan begini tapi biarlah hidup gelandangan asal aku tahu di mana aku berdiri dan aku tahu siapa Tuhanku kerana niatku ke tanah ini adalah untuk mencari rezeki.-Fathur Satriawan
Tuesday, 15 October 2013
MENUJU KE PUNCAK YANG TAK TERJAWAB
Sedang aku berjalan di lereng denai ini
Hendak menuju ke puncak kebenaran
Langkahku terhenti
Hatiku bagai diselimuti keresahan.
Pencarianku ini masih belum ada jawapan
Kerana aku ingin bebas daripada godaan dunia
Waimapun apabila harta dihadapanku berkoyan-koyan
Di saat itulah lahir cintaku pada dunia.
Aku inginkan akhirat
Tapi ke mana harus di tuju
Denai ini tanahnya liat
Langit pula kian kelabu.
Kebenaran itu ada di puncak
Tapi apakah yang ada di sebaliknya?
Mungkinkah wujud ribuan puncak?
Ataupun jawapan yang tiada berkesudahan.
Rintangan kini turun membasahi jasadku yang hina dina
Laluan pula semakin licin
Angin menampar tak mengenal siapa
Hingga berterbanganlah semua harapan yang digenggam.
Punahlah impian yang terpendam
Hanya tinggal harapan yang gugurnya luruh menguning
Bencana ini telah memaksa diriku untuk turun dari lembah yang curam
Mungkin kali ini jawapan itu ada di atas tanah yang kuning.
Hendak menuju ke puncak kebenaran
Langkahku terhenti
Hatiku bagai diselimuti keresahan.
Pencarianku ini masih belum ada jawapan
Kerana aku ingin bebas daripada godaan dunia
Waimapun apabila harta dihadapanku berkoyan-koyan
Di saat itulah lahir cintaku pada dunia.
Aku inginkan akhirat
Tapi ke mana harus di tuju
Denai ini tanahnya liat
Langit pula kian kelabu.
Kebenaran itu ada di puncak
Tapi apakah yang ada di sebaliknya?
Mungkinkah wujud ribuan puncak?
Ataupun jawapan yang tiada berkesudahan.
Rintangan kini turun membasahi jasadku yang hina dina
Laluan pula semakin licin
Angin menampar tak mengenal siapa
Hingga berterbanganlah semua harapan yang digenggam.
Punahlah impian yang terpendam
Hanya tinggal harapan yang gugurnya luruh menguning
Bencana ini telah memaksa diriku untuk turun dari lembah yang curam
Mungkin kali ini jawapan itu ada di atas tanah yang kuning.
Saturday, 12 October 2013
Thursday, 5 September 2013
SAAT PULANG
Bila kita tak pandang Dia
Dia tak pandang kita
Bila kita minta kepada-Nya
Kita sebaliknya mengarahkan-Nya
Bila kita sembah Dia
Adakah kita rasa malu kepada-Nya
Dia berikan kita apa yang patut
Tapi kita minta yang karut
Sesama manusia kita berlagak
Apatah lagi berhadapan dengan-Nya
Kita semuanya lupa dan lalai
Tanpa disedari penghujungnya kian melambai.
Di saat pulang nanti
Di manakah kita akan berdiri
Kalaulah di saat itu baru ingat akan Dia
Apalah gunanya.
Dia tinggalkan kita di dunia ini
Bukan dengan tangan kosong
Tapi Dia tinggalkan kita dengan senjata
Maka senjata itulah Doa bagi insan yang mumin.
Kita sembah Dia jangan kerana terpaksa
Jangan kerana nama
Tapi kerana-Nya
Berdoa dan berzikirlah bukan dengan mulut dan lidah
Tapi dengan niat dan hati yang ikhlas bukan mengharap pahala ataupun ganjaran yang akan diberi.
Saat pulang nanti
Janganlah mengeluh
Kerana kita semua akan pulang jua.
Dia tak pandang kita
Bila kita minta kepada-Nya
Kita sebaliknya mengarahkan-Nya
Bila kita sembah Dia
Adakah kita rasa malu kepada-Nya
Dia berikan kita apa yang patut
Tapi kita minta yang karut
Sesama manusia kita berlagak
Apatah lagi berhadapan dengan-Nya
Kita semuanya lupa dan lalai
Tanpa disedari penghujungnya kian melambai.
Di saat pulang nanti
Di manakah kita akan berdiri
Kalaulah di saat itu baru ingat akan Dia
Apalah gunanya.
Dia tinggalkan kita di dunia ini
Bukan dengan tangan kosong
Tapi Dia tinggalkan kita dengan senjata
Maka senjata itulah Doa bagi insan yang mumin.
Kita sembah Dia jangan kerana terpaksa
Jangan kerana nama
Tapi kerana-Nya
Berdoa dan berzikirlah bukan dengan mulut dan lidah
Tapi dengan niat dan hati yang ikhlas bukan mengharap pahala ataupun ganjaran yang akan diberi.
Saat pulang nanti
Janganlah mengeluh
Kerana kita semua akan pulang jua.
Wednesday, 26 June 2013
DIPENGHUJUNG BULAN JUN
Dipenghujung bulan Jun
Mentari seakan membakar jasad
Birunya langit tiada kelihatan
Beban yang dipikul semakin sarat.
Gurauan kanak-kanak sudah lama menghilang
Kini mereka hanya duduk di tepi jalan
Sesama mereka hanya saling memandang
Menanti satu keajaiban.
Dalam kesunyian ini
Bergegarlah bumi
Kanak-kanak itu berlari
Mencari tempat untuk bersembunyi
Bukan ibu dan ayah yang di cari
Kerana mereka sudah tiada lagi.
Monday, 17 June 2013
DIKEHIDUPAN YANG MENANTI
Sebujur
badan terdampar di tebing hati
Terapung
bagai tiada bernyawa
Di
antara jalur kehidupan ini
Beralunlah
ombak yang menjadi tanda tanya.
Sepasang
nyawa pergi mencari jawapan
Dengan
harapan
Tanpa
bayangan
Hanya
sebutir janji yang berpanjangan.
Di
laluan dunia yang jalannya denai
Ada
yang gugur dan ada yang maju
Di
akhir nanti akan ada yang kita semai
Hasilnya akan di bawa kelak di kehidupan yang baharu.
Monday, 3 June 2013
SERULING DARI JAWA
Dia seorang pemain seruling
Di siang hari mencari pedoman
Di malam hari mendendangkan nada
Kembaranya menuju gersang
Terhenti di persimpangan
Terpana melihat sinaran kota.
Dari desa dia merantau
Berbekalkan seruling waris dari Jawa
Ingin berhijrah mencari hidup yang lebih sempurna
Di kota yang indah lagi memukau
Setiap sudut mengundang seribu kehendak
Kalau hati goyah sudah pasti akan jatuh ke lembahnya.
Musim berlalu tanpa khabar berita
Anak dan isterinya menangih rindu
Setiap senja mengundang air mata
Siulan suling masih bergema di kota
Melenakan hati yang pilu
Saban hari suilan itu akan pergi.
15 September
Dia pulang membawa nama
Seruling dari Jawa dihunus ke dalam sarungnya
Mencarilah ia anak dan isterinya
Namun sayangnya
Mereka pergi mencarinya di ibu kota
Dengan harapan dapat mengobati hati yang rindu.
Dia seorang pemian seruling
Kini Menanti kepulangan anak dan isteri
Setiap malam suilan rindu pasti bergema
Namun sayangnya
Anak dan isterinya tiada di sisi
Tinggallah Si pemain seruling keseorangan hingga ke tua
Mendendangkan nada nan rindu dan sayu.
Di siang hari mencari pedoman
Di malam hari mendendangkan nada
Kembaranya menuju gersang
Terhenti di persimpangan
Terpana melihat sinaran kota.
Dari desa dia merantau
Berbekalkan seruling waris dari Jawa
Ingin berhijrah mencari hidup yang lebih sempurna
Di kota yang indah lagi memukau
Setiap sudut mengundang seribu kehendak
Kalau hati goyah sudah pasti akan jatuh ke lembahnya.
Musim berlalu tanpa khabar berita
Anak dan isterinya menangih rindu
Setiap senja mengundang air mata
Siulan suling masih bergema di kota
Melenakan hati yang pilu
Saban hari suilan itu akan pergi.
15 September
Dia pulang membawa nama
Seruling dari Jawa dihunus ke dalam sarungnya
Mencarilah ia anak dan isterinya
Namun sayangnya
Mereka pergi mencarinya di ibu kota
Dengan harapan dapat mengobati hati yang rindu.
Dia seorang pemian seruling
Kini Menanti kepulangan anak dan isteri
Setiap malam suilan rindu pasti bergema
Namun sayangnya
Anak dan isterinya tiada di sisi
Tinggallah Si pemain seruling keseorangan hingga ke tua
Mendendangkan nada nan rindu dan sayu.
Friday, 31 May 2013
SEBAGAI SEORANG INSAN
Aku menasihati
Kalau ada cita dan impian
Gapailah ia dan belailah ia
Sebagai insan
Selagi hidup
Selagi bernafas
Cari dan curilah ILMU
Jika mau berjaya di dunia
Penuhi dada dengan ilmu
Jika mau berjaya di akhirat
Penuhi dada dengan ilmu
Kalau mau kedua-duanya
Maka penuhilah dada dengan ILMU
Sebagai insan
Aku tak mahu berbicara terlalu banyak
Penyesalan adalah sesuatu yang tidak mustahil
Tapi kita mampu merubah nasib yang ada
Pengorbanan adalah jawapan untuk semuanya
Thursday, 30 May 2013
SENJA YANG BERPUTAR
Berterbanganlah camar pulang ke sarangnya
Di senja ini seorang tua datang menyapa
Bilaku tuliskan hasrat dihati
Kuceritakan kisah hidupku
Tiada sedih dan tiada duka
Bertaburanlah bintang kejora di angkasa
Di malam ini seorang pemuda datang menyapa
Bilaku layarkan hasrat dihati
Kuceritakan cita-citaku
Tiada henti dan tiada menanti
Bersinarlah mentari nun jauh di ufuk bumi
Menjelang pagi ini seorang gadis menyapa
Bilaku nyatakan perasaanku kepadanya
Kuceritakan hikayat Musa bertemu Shafura
Tiada resah dan tiada gundah
Retaklah bumi menjadi seribu
Di siang ini seorang anak menyapa
Bilaku kirimkan salam
Kuceritakan kepada siapa ia dituju
Ia tersenyum dan terus berlari
Meninggalkanku dengan seribu persoalan.
Wednesday, 15 May 2013
Rinduku Labi
Kurindui belaian bayumu
di waktu terbitnya mentari
Berpuput halus dengan kicauan burung
Setiap celah bukit-bukau
Embun dan awan bertemu jua
Ketenangan di Labi
Adalah ketenangan yang kucari
Hari ini kau kutinggali
Kubawa kenangan yang tak berkesudahan
Andai esok aku kembali
Akanku semai kerinduan ini.
Wednesday, 17 April 2013
Kelambu Lama
Di sudut kamar ini aku sendiri
Ditemani kesunyian nan abadi
Kerdipan lilin semakin menghilang
Rindu ini kian mendatang.
Izinkan aku berehat seketika
Di atas tilam dihiasi kelambu lama
Agar jauh dari sebarang duka
Menikmati suasana yang aku rindui.
Di dalam kelambu lama ini
Aku melihat kelibat wajahmu
Seakan ada dan menghilang
Ku rasai kehadiranmu di sisi
Hembusan nafasmu menghantui naluriku
Kau berbisik kata-kata kasih seorang wanita
Namun sayangnya...
Ia sekadar mimpi yang tak berkesudahan
Dari seorang insan dibuai kenangan dan harapan.
Monday, 15 April 2013
Semalam
Gelap sungguh hadirnya Sang Malam
Datangmu sudah diduga
Namun semalam engkau datang bersama kelam
Mengapa wahai Sang Malam?
Adakah engkau bersedih membawa bencana?
Ceritakan kepadaku kisah Musa bertemu Safura
Belailah diriku dengan lembutnya bayumu
Hiburkanlah hatiku dengan siulan dedaunan
Semalam engkau hadir tanpa purnama
Tapi malam ini engkau membawa terangnya cahaya.
Wednesday, 27 March 2013
Kita semua
Kalau dia ada di sini hari ini
Ke manakah aku akan berada esok?
Kalau aku berbuat baik hari ini
Adakah esok engkau akan dihargai?
Kalau engkau ketawa hari ini
Mungkinkah kita akan bersedih esok?
Dalam hidup tiada yang pasti
Perjalanan hayat cuma sementara
Walau setinggi mana ancala itu
Masih jua belum dapat kita capai
Hari ini kita bercucuk tanam
Menunggu tuaian di hari muka
Apakah ini satu kepastian
Dalam kekalutan jasad diambang bencana
Kalau hari ini kita ketawa
Jangan bermimpi tawa itu buat selamanya
Putaran-Nya pasti mengambil alih
Tiada yang kekal
Walau siapa pun diri kita
Bukan darjat & bukan pangkat yang membezakan kita semua
Tapi sekeping hati yang di dalamnya tersirat sejuta niat.
Tuesday, 19 March 2013
Perbatuan hidup
Selama ini aku mencari
Erti kehidupan yang pasti
Menerokai belantara
Meredah ombak diambang ribut
Meronta dan menjerit mencari nilai sejati.
Apakah aku sudah kehilangan arah
Ataupun tiada lagi ada jalan hendak di tuju
Di sini jalanku terhenti
Di perlabuhan hidup yang tak jauh dari sepi.
Ingin aku tinggalkan hidup yang ada ini
Demi mencari ilmu yang sentiasa menanti
Itulah pengorbanan
Demi mencapai segala impian
Tak ingin aku ulangi kesilapan lampau.
Hari ini aku bertekad
Ingin mencari hidup yang lebih bermakna
Walau hati ini berat
Tapi itulah hakikat.
Tanpa ilmu siapalah kita
Dengan ilmu orang akan memandang kita
Ilmu adalah segalanya
Baru kini aku tahu erti disebaliknya.
Sebelum penyesalan datang mengetuk pintu
Haruslah aku bersedia dengan ilmu
Sebelum usia menjemputku pulang
Haruslah aku bersedia untuk berjuang.
Saturday, 16 February 2013
Tanya sama rumput
Tanya sama rumput
Kenapa ia bergoyang
Di waktu malam menjemput
Diselimuti embun malam yang panjang.
Adakah engkau mengerti
Usaha dan harapanku kepadamu
Walau dalam nyata sukar diungkapi
Akhirnya pena jua yang digenggam.
Bukanku minta merak kayangan
Bukanku minta pada nama
Tetapi hanya kepercayaan
Disulami dengan kasih mesra.
Tanyalah pada rumput
Kenapa ia tak tentu arah
Di utara angin berpuput
Di selatan angin mencurah.
Kehadiran kita hanya seketika
Umpama seorang perantau
Mengembara menuju cita
Beredar dengan tiupan takdir.
Tanya sama rumput
Tapi tak akan ia berbicara
Kitalah yang berfikir
Mana yang baik dan buruknya pilihan jalan yang dituju.
Sunday, 10 February 2013
Ya Mawlana (Maulana)
Namanya Mawlana
Orangnya di mana-mana.
Baik di hujung
Meskipun di penjuru kehidupan
Nama yang disanjung
Membawa makna pada setiap
insan.
Namanya Mawlana
Gelaran bagi mereka yang
dihormati
Dari tingginya ilmu yang ada
Hingga ke ahli Sufi.
Ya Mawlana
Nama yang bersih suci
Orangnya penuh ceria
Walau hari mendung selalu.
Namanya Mawlana
Friday, 8 February 2013
Dari Kg. Ujung Bukit
Di bawah sinaran mentari
Dengan perlahan aku menyusuri
Di sini aku menulis
Kisah perjalanan yang tidak
jauh
Namun penuh makna
Penuh kehidupan yang nyata.
Kg. Ujung Bukit aku berlepas
Melalui jambatan kayu yang sudah tua
Aku bernafas diantara keduanya
Kg. Limbongan ia berjiran.
Langkah kecilku terhenti
seketika
Melihat telaga yang sudah lama
dibiarkan
Namun usaha masih ada
Walau ia berubah bersama
zaman.
Jauh di hujung sana
Kanak-kanak berlarian
Berpakaian cara melayu indah
mempersona
Telunjuk menghala ke arah
Masjid Omar Ali Saifuddien.
Kicauan burung masih menghiasi
suasana
Menyegarkan pagi yang suci
Walau perjalanan ini terkedu
seketika
Menghayati kehidupan yang
berbeza.
Luasnya pemandangan bila berada
di tengah-tengah dua mukim
Antara Mukim Tamoi dengan
Mukim Sungai Kedayan
Di antaranya terpapar sebuah
lukisan yang membawa makna mendalam
Di sanalah berdirinya Bandar
Seri Begawan.
Di bawah jambatan ini
Perahu tambang melintasi
Kehadirannya mengisi rongga
kesunyian
Dihiasi ambauan oleh penumpang
yang melambai.
Kg. Sungai Kedayan ‘A’ aku
menjejaki kaki
Walau berlainan mukim
Persahabatan masih dapat
dirasai
Bagai satu keluarga yang tak
dapat di pisahkan.
Burung-burng kecil
berterbangan
Sedang asyik menikmati nasi
yang dihidangi di atas jambatan batu
Sungguh mulia hati seorang
insan
Tiada rupa kepentingan diri.
Inilah kehidupan
Perlu ada persahabatan
Perlu ada keinsafan
Perlu ada kesefahaman
Tanpanya
Tiadalah suasana sedemikian
Tiadalah lukisan
Tiadalah makna kehidupan.
Thursday, 31 January 2013
Sebentuk cincin
Sabarlah wahai kekasih
Hari itu akan tiba jua
Bila saatnya cincin ini
disarungi
Itulah detik permulaan
perjalanan kita berdua.
Sebentuk cincin sebuah
harapan
Walau aku tak punya wang
yang berkoyan.
Apabila ku renung
Hidup ini mungkin akan
terkongkong
Siang malam mencari wang
yang cukup
Demi untuk bersama
denganmu.
Tapi diriku sedar wang
bukan segalanya
Ilmu dunia akhirat jua
yang menjadi akarnya
Sedih dihiasi pilu
Bila melihat rakan taulan
membina masjid yang satu
Aku tersadai hanya senyum gembira
Walau hakikatnya aku
masih berusaha.
Bilakah saat itu akan
tiba
Sekian lama aku menanti
belaian permata.
Harapanku ingin bersamamu
Dalam tidur dan dalam
jaga
Harapanku hanya berpaut
pada sebentuk cincin
Semoga hatiku cekal
menempuh dugaan yang akan kunjung tiba.
Wednesday, 30 January 2013
Burung besi
Laungan burung besi tidak
pernah berhenti
Dari bumi ia mendarat
berlepas dengan megah
Aku ingin menaikinya
Tanpa rasa takut dalam
dada.
Burung besi bersayapkan
lebar
Badanya bercorak dan
besar
Bawalah aku bersamamu
menembusi awan
Menyusup melintasi gunung
dan lautan.
Dari pandangan matamu
Aku bisa melihat luasnya
dunia
Dapat aku menyasikan di
mana belantara
Dan di mana samudera.
Andai impian itu nyata
Aku menantinya
Bila masa itu tiba
Aku pasti akan bersedia.
Tuesday, 29 January 2013
Sesaat di kota
Langkah terhenti
Nafas berjalin diantaranya
Warna hidup indah memikat hati
Seketika aku tertanya.
Apa erti aku di sini
Berdiri di tengah-tengah pusaran kesibukan
Melihat dan berbisik dalam hati
Siapakah antaranya yang faham maksud disampaikan.
Sesaat di kota
Aku merindu
Sesat jalan tak berumpama
Aku memburu.
Siang malam tak terasa
Mengejar cita yang tak berkesudahan
Jiwa terasa kosong tak bernyawa
Akhirnya jasad jua yang berlumuran.
Di sini bukan tempatnya untuk bersendirian
Tapi untuk melihat erti kehidupan
Belajar dari kesilapan
Melangkah pergi menuju kerahmatan Tuhan.
Biar titisan air mata berlinangan
Barisan hidup kekal bersulam
Masa berlalu tak akan pulang ke pangkuan
Sesaat di kota ini aku sering menanti malam.
Bila siang menjemput
Aku akan pergi
Mencari maskud tak berkesudahan
Agar mudah menuju jalan ke Illahi.
Tuesday, 22 January 2013
Badai Senja
Di senja ini aku bertemankan hati nan pilu
Ombak yang bergelora mengundang sang badai
Berterbanganlah anganku
Terlerailah segala kekalutan yang di dalam tersembunyi.
Lagit memerah
Laut meggelap
Kesunyian ini sungguh menakutkan
Resah gelisah hati yang kian gundah
Merenung jauh cita yang sukar didakap
Melambai harapan yang tak mungkin pulang ke pangkuan.
Hentaman ombak seakan mengusirku
Tiupan bayu yang sebelumnya lemah gemalai
Menampar kuat ke jasadku
Mungkin hari ini tak akan aku temui satu jawapan.
Di senja ini mentari hilang dari pandangan
Malam berganti dengan sejuta harapan
Membuka lembaran cerita yang baru
Dengan khabar berita yang belum pasti
Aku melangkah pergi
Membawa segenggam kegelisahan yang belum terurai.
Ombak yang bergelora mengundang sang badai
Berterbanganlah anganku
Terlerailah segala kekalutan yang di dalam tersembunyi.
Lagit memerah
Laut meggelap
Kesunyian ini sungguh menakutkan
Resah gelisah hati yang kian gundah
Merenung jauh cita yang sukar didakap
Melambai harapan yang tak mungkin pulang ke pangkuan.
Hentaman ombak seakan mengusirku
Tiupan bayu yang sebelumnya lemah gemalai
Menampar kuat ke jasadku
Mungkin hari ini tak akan aku temui satu jawapan.
Di senja ini mentari hilang dari pandangan
Malam berganti dengan sejuta harapan
Membuka lembaran cerita yang baru
Dengan khabar berita yang belum pasti
Aku melangkah pergi
Membawa segenggam kegelisahan yang belum terurai.
Sunday, 13 January 2013
Kasih yang berpaut
Bilah resah
Aku senyum
Bila pasrah
Aku diam
Bila Malam
Aku sepi
Bila tidur
Aku rindui
Biar tanganmu melepasi genggamanku,
Walau sesaat tidak akan aku sesali,
Bila tawa
Aku bersedih
Bila luka
Aku baluti
Bila memandangmu
Aku tunduk
Bila bertemu
Aku terduduk
Usahlah dikenang cinta yang tak pasti,
Di hujung perlabuhan ini aku terhenti,
Bila ada cinta
Aku mencari makna
Bila hadir rindu
Aku mencari kelembutan
Bila tiada berkasihani
Aku berseorangan tanpa dirimu di sisi.
Saturday, 12 January 2013
Erti sebuah perjuangan
Siapakah kita yang berdiri di
atas rumput ini
Menghirup udara yang nyaman
Melihat pantai nan indah
Namun jauh dari fikiran
Kita lupa seberaba banyak
darah yang sudah tumpah.
Keamanan yang ada pada hari
ini
Adalah kesengsaraan di waktu
lampau
Tiada engkau dan aku di sini
Kalau tiada pejuang yang
gugurnya bagai daunan yang layu.
Thursday, 10 January 2013
Warkah Sahara
Tersimpul kalimah disebalik warkah
Teguh iman di dada
Biar hujan dan belantara
Jati ini akan terus mengembara.
Seruan pendita di gurun Sahara
Terlerai sejuta makna
Embun pagi kian membeku
Meninggalkan tanda tanya dihatiku,
Biar malam menjemput
Siang pasti menanti
Bukan di sini tempat hati berpaut
Tapi dalam jiwa yang merindui,
Mata penaku menjadi saksi
Perjalanan yang belum pasti
Sesepi malam siang mencari
Seikhlas hati seindah warkah ini.
Wednesday, 9 January 2013
Kaki lima
Di kaki lima ini aku memerhati
Ragam hidup melintasi
Setiap satu mengejar masa
Setiap masa menanti tujuan yang ada.
Bunyi riuhnya kenderaan
Menyapa kesunyian
Suara manusia menghiasi ruangan
Deretan manusia menceriakan suasana di sini.
jauh di hujung kaki lima ini
berdiri seorang tua
Entah apa yang dikenang
Mungkin keluarga menanti nun jauh di sana.
Seorang saudagar memberi salam
Memperlihatkan padaku berberapa bentuk cincin
Mohon maaf aku ucapkan
Dihati ini tiada niat untuk menunaikan satu tujuan.
Dua dara bergandingan
Sungguh elok dipandang mata
Alangkah indah sebuah permandangan
Jika semua berpakaian bersandarkan agama.
Di kaki lima jam sudah pukul 10 pagi
Aku berdiri dan terus meninggali
Mungkin esok aku akan kembali
Melihat hidup dan melakarnya di dalam sebuah puisi
Ragam hidup melintasi
Setiap satu mengejar masa
Setiap masa menanti tujuan yang ada.
Bunyi riuhnya kenderaan
Menyapa kesunyian
Suara manusia menghiasi ruangan
Deretan manusia menceriakan suasana di sini.
jauh di hujung kaki lima ini
berdiri seorang tua
Entah apa yang dikenang
Mungkin keluarga menanti nun jauh di sana.
Seorang saudagar memberi salam
Memperlihatkan padaku berberapa bentuk cincin
Mohon maaf aku ucapkan
Dihati ini tiada niat untuk menunaikan satu tujuan.
Dua dara bergandingan
Sungguh elok dipandang mata
Alangkah indah sebuah permandangan
Jika semua berpakaian bersandarkan agama.
Di kaki lima jam sudah pukul 10 pagi
Aku berdiri dan terus meninggali
Mungkin esok aku akan kembali
Melihat hidup dan melakarnya di dalam sebuah puisi
Subscribe to:
Posts (Atom)

























