Sedang aku berjalan di lereng denai ini
Hendak menuju ke puncak kebenaran
Langkahku terhenti
Hatiku bagai diselimuti keresahan.
Pencarianku ini masih belum ada jawapan
Kerana aku ingin bebas daripada godaan dunia
Waimapun apabila harta dihadapanku berkoyan-koyan
Di saat itulah lahir cintaku pada dunia.
Aku inginkan akhirat
Tapi ke mana harus di tuju
Denai ini tanahnya liat
Langit pula kian kelabu.
Kebenaran itu ada di puncak
Tapi apakah yang ada di sebaliknya?
Mungkinkah wujud ribuan puncak?
Ataupun jawapan yang tiada berkesudahan.
Rintangan kini turun membasahi jasadku yang hina dina
Laluan pula semakin licin
Angin menampar tak mengenal siapa
Hingga berterbanganlah semua harapan yang digenggam.
Punahlah impian yang terpendam
Hanya tinggal harapan yang gugurnya luruh menguning
Bencana ini telah memaksa diriku untuk turun dari lembah yang curam
Mungkin kali ini jawapan itu ada di atas tanah yang kuning.

No comments:
Post a Comment