Tuesday, 11 August 2015

LAKARAN HIDUP DI KOTA



Ini kisah sedih seorang anak muda
Yang hidupnya tenggelam bersama ibu kota
Lupa akan tujuanya
Segala janji tiada lagi di kota.

Tibanya di kota ini untuk meraih kejayaan
Namun kejayaan itu tiada berkesudahan
Dalam diam ia memamah kehidupan
Hingga harta dan pangkat menjadi pujaan.

Siangnya digerumuni oleh manusia
Malamnya diselimuti oleh sinaran cahaya
Tiada lagi masa untuk menyembah yang Esa
Tiada pula ia menyesalinya.

Hidupnya yang dahulu hina dina
Kini berubah menjadi kaya raya
Tapi sayang ia sudah lupa
Bezanya permata dan kaca.

Hingga datang suatu hari
Semua kekayaan itu pergi
Tinggalah anak muda itu sendiri
Tanpa harta dan harga diri.

Kini sudah tiada lagi tempat untuk di tuju
Hanya berlegar dicelah-celah kaki ibu kota
Merayau meminta belas kasihan
Umpama seorang hamba yang tiada bertuan.

Hidup di kota tak seindah bicara
Kalau terang belum tentu cahaya
Kalau kelam belum tentu gelap gulita
Hakikat hidup belum tentu seindah lakaran yang tercipta. 

Monday, 10 August 2015

KISAH DI TAMAN PERANGINAN TASIK LAMA




Perjalanan petang tadi
Telah menabur bayangan hidup kita
Teliga yang kecil ini
Menjadi saksi atas songehan yang bercelaru di dalam minda.

Meraka datang ke sini
Membawa bekal untuk jadi luahan
Tanpa disedari
Masalah itu bukanlah seluas lautan.

Aku mendengar kisah tentang
Pangkat
Harta kekayaan
Kejayaan
Percintaan
Kekeluargan
Ragam perangai rakan sepejabat.

Sudah lumrah ia diperkatakan
Namun aku hanya menjadi pendengar bisu
Yang melihat dirinya sama seperti yang dikatakan
Tapi aku diam
Bukan kerana aku bisu
Tapi aku diam
Kerana aku tak ingin tahu.