
Aku dicemuh
Aku dihina
Tapi hati ini akan tetap teguh
Demi kasih sayangku kepada semua.
Mata yang kasar
Mata yang liat
Mereka tidak akan faham maksud sebenar
Tidak mengerti qalam yang tersirat.
Megapa aku menulis
Mengapa aku mengarang
Kerana enggan melihat hati dihiris
Bagai bertiti di atas pedang.
Mata ini tidak akan menangis
Mata ini tidak akan melirik saja
Kerana cinta aku menulis
Kerana cinta aku mengejar cita.
No comments:
Post a Comment