Seperti biasanya aku memandu keretaku untuk melapor bertugas dan entah kenapa pada hari itu aku merasa kelainan yang tidak sama seperti hari-hari biasa aku menuju ke tempat melapor. Di lebuhraya yang sibuk aku memandu dengan mindaku yang masih tertanya-tanyakan apakah perasaan yang aku rasa hari itu. Aku mengusap muka ku sambil mengucap dengan hembusan yang tegang. Tidak jauh dari pandanganku itu aku melihat sebuah kereta yang tiba-tiba mengetepikan keretanya dengan lampu kecemasan. Aku memperlahankan keretaku sambil memerhatikan seorang lelaki tua yang keluar dari kereta tersebut. Oleh kerana itu, dengan gerak hatiku yang kecil ini, aku pun merasa ingin membantu lelaki itu. Aku berhenti di belakang kereta lelaki itu dan terus menuju ke tempatnya. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat seekor anjing yang teresak-esak terbaring di hadapan kereta lelaki itu yang mana ia kelihatan seperti telah dilanggar. Belum sempat aku menanyakan apakah yang telah terjadi, dia terlebih dahulu bertanyakan kepadaku adakah aku mempunyai sebarang kain yang lebih besar dari anjing itu. Aku mengatakan yang aku tidak mempunyai apa jua kain yang lebih besar dari anjing itu. Lelaki itu pun menggelengkan kepalanya dan pada masa itu aku terkejut melihat kejadian yang aku tidak pernah melihatnya. Lelaki tua itu mengangkat anjing itu didakapanya tapi malang anjing itu sudah pun mati. Walaupun begitu, tetap saja lelaki itu mengangkatnya ke dalam kereta dan terus meningalkan tempat itu dengan cepat. Aku berasa hairan dan seolah-olah kehadiranku itu tiada bermakna tetapi aku masih tertanya-tanya apakah yang akan dilakukan oleh lelaki tua itu kepada anjing yang sudah mati. Selepas kejadian itu aku pun meneruskan perjalananku ke tempat melapor bertugas. Tepat jam 6.48 petang kami semua bersurai dan masing-masing menuju ke tempat pos mereka. Sekali lagi dalam pejalananku menuju ke pos kawalan, aku melihat kereta lelaki tua yang sebelumnya aku temui berada di luar jalan lebuhraya yang menuju ke pantai. Aku yang diiringi rasa ingin tahu, berhenti seketika di belakang kereta lelaki itu. Tidak lama selepas itu pun aku melihat kelibatnya keluar dari celahan rumput lalang. Apabila saja dia tiba dikeretanya, aku pun langsung menegurnya. 'ke mana anda membawa anging tadi?' dan lelaki tua itu membalas 'ke mana lagi kalau bukan ke tanah.' aku terdiam sejenak mendengarkan katanya itu. 'kenapa anda bertanyakan tetang kain yang lebih besar dari anjing itu?' tanyaku dan dia menjawap 'untuk menjadi lapik mengangkat anjing tadi tetapi apa boleh buat kalau sudah keadaan tidak mengizinkan.' Aku memberanikan diriku untuk menanyakan adakah dia seorang islam dan dengan senyuman dia menjawab 'alhamdulilah'. Kecurigaanku semakin bertambah dan terus saja bertanya kepadanya jika dia seorang islam mengapa dia menyentuh anjing yang dihukumkan haram. 'najis menyentuh anjing memang haram tapi ia masih lagi dapat disucikan tetapi kita tidak dapat lari dari perasaan bersalah dan tanggungjawap.' balas lelaki tua itu dengan wajah yang tenang. 'cuba anda jeleskan apakah yang dimaksudkan dengan kata-kata itu?' tanyaku kembali kepadanya. Lelaki itu menceritakan bahawa dalam perjalanannya pulang petang tadi dia dengan tidak sengaja telah melanggar seekor anjing dan oleh kerana itu dia merasa bersalah kepada diri sendiri dan juga kepada Allah. Sesungguhnya manusia tiada hak untuk mengambil nyawa yang tidak bersalah tanpa sebab. Dengan berpegang falsafah sebeginilah lelaki itu sanggup mengendong anjing itu dan menanamnya berdekatan tepian pantai. Dia enggan meninggalkan anjing itu begitu saja, oleh sebab jika dengan kehendak Allah dia ditimpa kemalangan, siapakah yang sanggup berhenti untuk menolongnya. Itu mungkin saja boleh berlaku pada sesiapa pun. Jam tanganku menunjukkan pukul 6.54 petang dan aku terpaksa memotong perbualan lelaki tua itu kerana aku tidak mahu lewat tiba di pos nanti. Kami berdua beredar dari sana dan dalam perjalanan itu aku memikirkan ada juga benarnya apa yang dikatankan oleh lelaki itu. Kita harus bertanggungjawap atas segala perbuatan kita dan kita mesti selalu ingat bahawa nyawa kita bukan berada di tangan makhluk Allah tetapi adalah milik-Nya. Jika hari ini kita terlepas dari sebarang bencana tidak mustahil ianya akan kembali menggamit diri kita. Dengan itu walaupun masih timbul bermacam-macam pesoalan di dalam fikiranku tapi buat setakat ini biarlah aku meneruskan tanggungjawapku sebagai seorang pengawal dan semoga pengajaran yang aku dapat hari ini mampu membuka mata hatiku ini yang telah lama terpejam oleh dunia.
---suatu pengalaman yang tidak diduga olehku---
No comments:
Post a Comment