Monday, 26 September 2011

Cahaya cinta


Hembusan nafas dari mu
Menghentikan denyutan nadi ku
Tiap langkah yang ku lalui
Pasti akan selalui merindui diri mu.

Langit dan bumi
Menjadi saksi
Cinta kami berdua
Cuma kami saja yang dapat merasa.

Hari-hari yang kita hadapi
Mungkin tak seindah pelangi
Tak sempurna mimpi
Kami Cuma ingin melihat cinta kami abadi.

Dalam teras rindu
Mata ku sering melakar wajah nan suci
Kasih mu bagai lembutnya sutera biru
Sentuhan mu umpama embun menitis ke pipi.

Akan ku pegang erat tangan mu
Wahai kekasih
Akan ku peluk rapat tubuh mu
Wahai kekasih.

Semoga cinta yang kita bina
Mendapat restu dari-Nya
Walau bertahun lamanya
Aku tetap akan jatuh cinta kepada mu selamanya.

Sunday, 25 September 2011

Rayuan ku


Engkau berselimutkan sepi
Membawa rasa di tanah tandus
Berlegar dibalik semua erti
Mencari ilham bersama gerimis.

Titipan rindu yang engkau kirim
Hanyalah dibibir
Mana janji yang engkau sulam?
Mana bakti mu kepada tanah air?

Keluarga mu sentiasa merindu
Menagih kepulangan sang anak di rantauan
Namun air mata membashi pipi ibu
Engkau tinggalkan semuanya demi kemewahan.

Tutur lidah ibunda
Engkau hapuskan dengan kebencian
Engkau bangga menjadi derhaka
Sebaliknya engkau hidup dalam kesedihan.

Aku merayu
Pulanglah wahai sahabat
Kembalilah ke tanah mu
Engkau pasti akan dapat melihat
Betapa rindunya kami kepada mu.

Saturday, 24 September 2011

Coretan Jumantara


Deruan ombak yang bertalu
Menemani diri ini
Nyanyian cengkerik menjadi teman ku
Tatkala fikiran kusut mengimbas kehidupan ini.

Detik jam kini berlalu
Melabuhkan tirai malam
Demi menyambut hari yang baru
Walau siangnya mungkin kelam.

Fikiran tak menentu
Ke kiri jua dan ke kanan jua
Yang pasti ini bukan pilihan ku
Menagih kasih hingga ke tua.

Aku mendambakan sesuatu
Melakar hikayat warkah nan biru
Tetapi siapa yang tahu?
Siapa yang peduli?

Dengusan bayu yang berterusan
Tolonglah khabarkan kepada mereka erti keadilan
Namun aku cuma hidup sebagai tulisan
Menulis dengan jari jemari yang kerdil.

Dunia akan terus berputar
Begitu juga kehidupan kita bersama
Tiada pahlawan yang sebenar
Yang ada cuma kehidupan yang biasa.

Thursday, 22 September 2011

Aku anak kampungan


Di perbukitan desa
Sawah dan padi tumbuh subur
Perjalanan ini masih jauh
Akan aku rindui desa ku permai.

Pada setiap hembusan nafas
Fikiran ku masih terpaut di desa
Walau hati ku jauh menunjuk lurus ke ibu kota
Aku cuma berbekalkan doa dan nasib.

Tiada niat untuk mengejar nafsu
Menjadi hamba kepada mata wang
Lalai dengan kemewahan kota
Hakikatnya aku ingin kerahmatan-Nya.

Aku sedar dan aku tahu
Sejahat-jahat ibu
Jahat lagi ibu kota
Di sana kita diberi pilihan
Menentang arus atau membiarkan arus menghanyutkan diri.

Perjalanan masih jauh
Hujan dan jalan yang berbatu belum ku redah
Tapi akan ku laluinya
Kerana hasrat ku tidak akan punah.

Di kiri dan kanan
Aku melihat sahabat senasib
Mereka berjuang demi rezeki
Namun aku tahu tidak semua akan ingat tentang desa.

Ada yang berkata
'Di kota semuanya perlu wang...'
Tapi aku tidak percaya
Tidak pula aku menafikanya.

Biar saja aku menilainya
Kerana aku adalah anak kampungan
Dan tiada yang dapat merubahnya
Walaupun aku akan hidup dibawah sinaran lampu neon.

Wednesday, 21 September 2011

Permaidani ajaib


ZAM ZAM ALA KAZAM!

Engkau pun terbang
Membawa tujuan ke suatu destinasi
Engkau melayang-layang
Di balik awan dan di bawah sinaran mentari.

Engkau terbang bersama angin
Melewati celahan awan nan biru
Alangkah hati ku ingin
Ingin memiliki mu.

ZAM ZAM ALA KAZAM!

Namun itu semuanya khayalan
Cerita yang direka oleh insan biasa
Cuma ada pengajaran tentang kehidupan
Ku sandarinya dibalik cerita.

Hidup tidak sempurna
Tidak pula semudah menaiki permaidani ajaib
Yang ada cuma kehidupan yang nyata
Dan
Kehidupan ITULAH sebenarnya sesuatu yang AJAIB.

Sunday, 18 September 2011

Insan istimewa


Hatiku bergelora mengenang akan dirimu
Pahit manis kita lalui
Sedih tawa kita berdua
Semuanya aku rindui.

Tidak ku minta ganjaran
Hanya mengorbankan masa bersama mu
Tidak pernah ku memberi alasan
Agar tidak bersama mu.

Ketiadaan mu mengamit kalbu
Sebak kian hadir
Namun ku tahu
Engkau seorang yang sabar.

Air mata tak mampu memutar waktu
Biarkan ia berlalu bersama kenangan
Dihembus angin nan syahdu
Diselimuti kasih dan sayang.

Engkaulah kakak
Engkaulah sahabat
Di sini aku berpijak
Di sini juga akan aku ingat.

Derita yang engkau lalui
Hanya di dunia
Tuhan lebih memilih diri mu daripada diri ku
Namun aku redha.

Aku hanya insan yang sentiasa menyayangi mu selalu.

Saturday, 17 September 2011

Kita masih hijau


Kita tak jauh berbeza
Bukan berpengalaman
Bukan pula hartawan
Cuma nama diukir dengan pena.

Kita melakar nama di pentas para penyair
Setiap aksara membawa erti
Mempersembahkan cinta dan lara
Agar cita-cita jauh dari pudar.

Engkau dan aku masih hijau
Banyak kesilapan
Sedikit pengalaman
Tapi kita tetap maju.

Merentas perbatasan ilmu
Luas tiada sempadan
Meredah bersama harapan
Selagi masih ada detik berlalu.

Friday, 16 September 2011

Jack Marston: Legacy of John Marston


In the wake of dawn
You set into the sunrise
To undraw what has been drawn
Seeking vengence and justice.

You ride through the dusty land
Hold up under a tree when it rains
Watching life blooms itself on the wasteland
Bathe with sorrow and pain.

A man of true grit
You carry on a legacy
From birth to death unite
That what makes us human in a special way.

Young as you are
Driven by the blood of redemption
You ride this land with a scar
With reasons of your own.

Monday, 12 September 2011

Kirimkan salamku ke bumi Darussalam


Darahku tumpah di buminya
Titik peluhku gugur di atasnya
Aku meredah gelora di lautannya
Aku berlindung di bawah langitnya.

Wahai teman
Kirimkan salamku ke bumi Darussalam
Tanahnya yang subur dan penuh kehijauan
Buminya yang kaya dengan emas hitam
Sultan yang adil dan kerajaan yang aman.

Di sana,
Tiada rusuhan,
Tiada kekacauan,
Tiada tentangan,
Tiada permusuhan.

Wahai teman
Bawalah bingkisan rinduku kepada bumi Darussalam
Katakan padanya aku akan segera pulang
Akan aku cium bumi di mana aku dilahirkan
Akan aku junjung langit tempat aku berteduh.

Masa akan tetap berlalau
Zaman pasti akan merubahnya
Namun hatiku tetap rindu
Mendambakan kedamaian dan keindahan bumi Darussalam.

Wednesday, 7 September 2011

Secangkir kopi / A cup of coffee


Assalamualaikum, selamat hari raya aidilfitri. Saya Muhamad Najib Bin Abdullah @ Tzeto Shuen blogger bagi legacy1985 ingin menyusun sepuluh jari dan memohon maaf jika sekiranya ada tersalah bahasa ataupun tingkah laku yang mungkin menyinggung perasaan anda. seseungguhnya ianya tidaklah di senghajakan kerana samada yang baik ataupun buruk itu semuanya datang dari Allah semata-mata. mungkin dalam berberapa hari ataupun minggu ini saya akan berehat sejenak dari menulis kerana terbantut dengan hal perkerajaan dan juga berberapa masalah yang tidak dapat di hindari. Dengan itu sekali lagi saya memohon maaf.


Assalamualaikum, happy Eid Mubarak to all muslim brothers and sisters out there. I, Muhamad Najib Bin Abdullah @ Tzeto Shuen, blogger of this blog legacy1985 would like to apologize for all the inconvenience that had occurred. I believe that all the good and bad that happen to us all are planned by Allah. I would like to point out that within this few days and so on, I probably will not be posting anything due to few uncertainty and things at work. hopefully I will be back as soon as possible. Hence, again I would like to apologize for all the unwanted things that happened.