
Di perbukitan desa
Sawah dan padi tumbuh subur
Perjalanan ini masih jauh
Akan aku rindui desa ku permai.
Pada setiap hembusan nafas
Fikiran ku masih terpaut di desa
Walau hati ku jauh menunjuk lurus ke ibu kota
Aku cuma berbekalkan doa dan nasib.
Tiada niat untuk mengejar nafsu
Menjadi hamba kepada mata wang
Lalai dengan kemewahan kota
Hakikatnya aku ingin kerahmatan-Nya.
Aku sedar dan aku tahu
Sejahat-jahat ibu
Jahat lagi ibu kota
Di sana kita diberi pilihan
Menentang arus atau membiarkan arus menghanyutkan diri.
Perjalanan masih jauh
Hujan dan jalan yang berbatu belum ku redah
Tapi akan ku laluinya
Kerana hasrat ku tidak akan punah.
Di kiri dan kanan
Aku melihat sahabat senasib
Mereka berjuang demi rezeki
Namun aku tahu tidak semua akan ingat tentang desa.
Ada yang berkata
'Di kota semuanya perlu wang...'
Tapi aku tidak percaya
Tidak pula aku menafikanya.
Biar saja aku menilainya
Kerana aku adalah anak kampungan
Dan tiada yang dapat merubahnya
Walaupun aku akan hidup dibawah sinaran lampu neon.
No comments:
Post a Comment