Wednesday, 30 November 2011

Kejora

Bila hadir rindu mengamit jiwa
Bila sunyi tak bersuara
Aku tatap wajah mu
Tenggelam di lautan rindu.

Hajat dihati ingin bertemu
Walau terpisah oleh lautan biru
Biar aku jadi nakhodanya
Melawan gelora tak terkata.

Bila menjejak kaki ke darat nanti
Akan aku persembahkan kepada mu isi hati ini
Akan aku gubah awan-gemawan
Agar engkau tergaman
Betapa cintanya aku kepada mu.

Disaat bulan berada dicelah ranting
Apabila engkau dilanda sunyi
Izinkan aku berdendang
Memecah kesunyian tatkala malam nan sepi.

Aku hamburkan kalimah cinta
Aku hiasi rambut mu dengan bunga
Akan ku belai diri mu
Sehingga engkau terlena didakapan ku
Semuanya kerana aku cinta kepada mu wahai kejora.

Sunday, 27 November 2011

Bakawali


Kami Bakawali
Terbit dari bumi asli
Bila malam datang menjemput
Kami mekar tidak reput

Kami Bakawali
Hadir mewarnai pelangi
Menabur makna dalam hidup
Meleraikan duka dan gusar

Kami Bakawali
Berlabuh seketika dihati
Mengenggam batang kalam
Melakar seni tidak terluahkan oleh mulut

Kami Bakawali
Berdiri di pentas ini
Ingin berkarya
Ingin berdendang ria
Sambutlah salam
Salam sejagat
dari kami...
Bakawali

Sunday, 20 November 2011

Man and life


The horizon speaks for itself
As a man
I can only thread on these barren land

We journey deep into the sunset
Leaving our shadows behind
To trace us back under our feet

As a man of blood and flesh
A silhoutte beyond the sun
We only know how to wish

By night
We sit down
Gazing upon the stars and live to write

We count the stars
Studied astronomy
Reveal new planets
But will never understand the philosophy of man

Inside every man
You and me
Are both different person

Every man is for himself in these rocky road
We are just creation
Bound to faith and God

By the end of the day
We ponder
Who am I to say
That we never live to conquer

Wednesday, 16 November 2011

Aku...


Aku tak punya wang yang banyak
Kerja pun makan gaji sahaja
Aku tak punya pangkat
Yang ada pun cuma nama biasa
Aku tak sebijak ahli sarjana
Tapi aku tahu manulis.

Ingin aku isi
Dada ini
Dengan dalamnya ilmu
Setinggi awan di langit biru.

Aku iri kepada teman-teman
Antara mereka sudah berjaya
Tapi aku hanya hidup dibalik tulisan
Melakar gambaran maksud yang ada.

Bukan diri ini tidak bersyukur
Tapi inilah aku
Terpahat rasa penyesalan
Malang tak berbau.

Aku lihat ke kiri dan kanan
Masih ada peluang
Tapi waktu dan tugas
Sentiasa menghalang tujuan
Serba salah aku dibuat olehnya.

Aku pun mahu berkereta mewah
Ada rumah yang tersergam indah
Menjejak kaki di negara Eropah
Merasa lembutnya salji gugur ditadah.

Tapi aku tidak terdaya
Aku hidup seadanya
Makan pun seadanya
Biarlah semuanya sederhana.

Aku menulis nukilan ini
Bukan kerana sungutan
Tapi menghamparkan permaidani yang berdebu dalam hati
Menyampaikanya kepada rakan taulan
Agar mengerti siapa diri ku ini.

Tuesday, 15 November 2011

Melayu


Tatkala bangsa lain maju
Kita yang berdiri di sini
Saling dengki sesama sendiri
Sampai bila melayu akan maju.

Tidak usah kita bicara tentang politik luar
Kalau bangsa melayu masih kucar kacir
Tidak usah berlumba mengejar kekayaan
Kalau bangsa melayu masih kebuluran.

Inilah segelintiranya
Mudah lupa asal usul
Akhirnya bangsa lain memperkudakan kita

Mengapa harus kita membandingkan
Kalau tiada usaha yang dilaksanakan
Apalah gunanya akal fikiran
Kalau hanya tahu bertikam lidah.

Melayu dikenali dengan nilai sejati
Dihiasi dengan indahnya sopan santun
Kaya dengan tradisi
Rukun damai dalam kekeluargaan.

Orang timur
Biarlah kekal isi ketimuran
Jangan kita kikir
Hatta jangan pula kita lupa daratan.

Monday, 14 November 2011

Pahlawan kota


Di tengah-tengah ibu kota
Aku mencari maksud sejati
Membawa sekerat ilmu di dada
Akhirnya menjadi kuli.

Peluh gugur di wajah bumi
Rebah aku hanya sedetik
Terkenangkan anak dan isteri
Bermain dimata setiap detik.

Laungan burung besi
Menyentak langkah ku yang terhenti
Bagai ada badai yang melintasi
Aku pun tidak peduli.

Aku meniti di atas kota yang pesat
Melihat kerdilnya hidup kita
Mencari rezeki diantara bumi dan langit
Memperjudikan tulang empat kerat.

Akulah pahlawan kota.

Sunday, 13 November 2011

Berilah aku waktu


Aku ingin melihat kehidupan
Merasa panasnya bahang bumi
Meneguk sejuknya air murni.

Aku ingin melihat pola kehidupan
Belajar darinya
Memahami erti ‘mengapa’ dan ‘kenapa’
Berilah aku waktu
Untuk melihat indahnya hidup yang padat
Merasa sakit pada jasad
Semuanya bermula dari bawah
Mana mungkin terus merasa senang
Kalau tidak pernah bersusah diwaktu siang.

Mungkin nanti hujan akan turun
Tapi biarlah aku basah
Memeluk hangatnya tubuh.

Kalau ada yang hairan
Biarkan sahaja
Kerana mereka tidak memahami makna didada.

Siang dan malam silih berganti
Usia pula semakin meningkat
Berbekal ilmu dan tekad
Aku ingin mengembara
Mencari ilham di luar sana
Menulis kerana mulut tidak mampu berbicara
Bukan aku bisu
Tapi aku tidak terdaya
Meluahkan madah seiras jiwa

Aku mohon kepada-Mu
Berilah aku waktu
Berilah pedoman
Agar aku dapat belajar tentang kehidupan.

Thursday, 10 November 2011

Permata di desa


Sekian lama aku tinggalkan desa
Semakin berkilau sebutir permata.

Aku mohon maaf,

Tiada lain niat dihati
Cuma memuji kecantikan anugerah Tuhan yang diberi.

Sejuk mata ku bila melihat dan merenung wajah mu
Ia seindah hamparan sutera
Senyuman mu bak air nan jernih tiada berkeruh
Rambut mu terurai halus ditiup sang bayu
Mata mu memukau bagai bintang kejora
Lesung pipi mu semanis gula dalam senyuman.

Tapi hati ini sentiasa tertanya
Siapakah pemilik hati lestari.

Aku pulang untuk mencari cinta
Tetapi sudikah engkau menerimanya?

Wednesday, 9 November 2011

Tabir besi


Disebalik tabir besi itu
Dia merempat
Sepanjang hayat.

Merana kerana dosa
Termakan budi yang ternoda
Dibutai oleh rakan durjana
Akhirnya membawa duka.

Disebalik tabir besi itu
Tiada lagi dugaan
Yang tinggal hanya kiblat menjadi pedoman.

Air mata keinsafan
Gugurnya berlinangan
Menabur sesal dijiwa insan
Menyemai kesedaran dalam penyesalan.

Itulah kita
Segera sedar dan jangan leka
Setiap insan ada hak untuk berubah.

Bagi mereka yang lupa dan lalai
Mereka umpama hamba abdi
Menghambakan diri pada nafsu duniawi
Melecehkan waktu yang diberi.

Disebalik tabir besi itu
Dia berdoa pada yang Maha Satu
Dengan rasa takut dan malu
Serta insaf kembali ke pangkal jalan.

Sunday, 6 November 2011

Diam Sahaja


Mulut akan sentiasa berbicara
Tanpa mengenal waktu dan hari
Mengukir ayat-ayat berbisa
Melambai fitnah di sisi

Tulikan sahaja telinga
Kalau mata bukan sebagai saksi
Endahkan media massa
Kalau hanya mencari murahnya publisiti

Apa gunanya menyebar kata dusta
Kalau diri tidak bercermin
Ia cuma mengundang bencana
Menghancuri jiwa nurani insan

Cukup...
Jangan berkata lagi
Jangan menulis lagi
Jangan ditanya lagi
Biarkan sahaja ia pergi
Cukup sampai di sini

Friday, 4 November 2011

Diari seorang pelayan


Aku pernah mencuci pingan mangkuk
Aku pernah melayan para tetamu yang masuk
Tapi siapa yang tahu hatiku yang sebak

Dari meja ke meja
Aku melayan dengan mesra
Dengan senyum tak terkata

Tapi ada kalanya aku dipersendakan
Dilekehkan
Jadi bahan gurauan

Aku diam dan senyum
Menahan dugaan
Yang datangnya tanpa undangan

Biar aku seorang pelayan
Tapi kerjaku halal
Bukan cara syaitan

Dari pagi hingga ke dini hari
Banyak yang dipelajari
Inilah erti nilai yang sebenarnya aku cari

Tuesday, 1 November 2011

Teluk Bidara


Teluk Bidara
Pasir mu nan putih
Deru ombak memecah pantai

Teluk Bidara
Ku berlari-lari
Angin sepoi menampar muka
Di teluk Bidara

Di sana nanti
Kan ku catit sejarah
Di mana aku
Kan bermadu cinta

Ku genggam tangan mu
Ku kucup di kening mu
Ku belai rambut mu yang selembut salju

Teluk Bidara
Yang menjadi saksi
Kau dan aku mengukir janji
Oh teluk Bidara

"Lirik lagu dari kumpulan Kopratasa berjudul Teluk Bidara"