
Aku ingin melihat kehidupan
Merasa panasnya bahang bumi
Meneguk sejuknya air murni.
Aku ingin melihat pola kehidupan
Belajar darinya
Memahami erti ‘mengapa’ dan ‘kenapa’
Berilah aku waktu
Untuk melihat indahnya hidup yang padat
Merasa sakit pada jasad
Semuanya bermula dari bawah
Mana mungkin terus merasa senang
Kalau tidak pernah bersusah diwaktu siang.
Mungkin nanti hujan akan turun
Tapi biarlah aku basah
Memeluk hangatnya tubuh.
Kalau ada yang hairan
Biarkan sahaja
Kerana mereka tidak memahami makna didada.
Siang dan malam silih berganti
Usia pula semakin meningkat
Berbekal ilmu dan tekad
Aku ingin mengembara
Mencari ilham di luar sana
Menulis kerana mulut tidak mampu berbicara
Bukan aku bisu
Tapi aku tidak terdaya
Meluahkan madah seiras jiwa
Aku mohon kepada-Mu
Berilah aku waktu
Berilah pedoman
Agar aku dapat belajar tentang kehidupan.
No comments:
Post a Comment