Tuesday, 28 September 2010

Persimpangan

Aku yang masih di sini,
Di persimpangan dunia,
Mencari erti,
Untuk hidup bersama,
Ke manakah akanku tuju,
Melangkah bersama waktu,
Diiringi rasa pilu,
Megentas derita dengan sang bayu,
Cinta tidak tumbuh di persisiran,
Aku melakar kata-kata demi keranamu,
Aku terpaku tanpa arah tujuan,
Berlegar di antara nyata dan mimpiku,
Aku pasti,
Ada hikmah dari-Nya,
Aku harap engkau mengerti,
Dibalik wajah penuh tawa,
Surya akan bersinar,
Nun jauh di hujung sana,
Menerangi yang pudar,
Memberi harapan untuk bersama,
Sedetik berlalu,
Akan aku hargai,
Dalam perjalananku,
Mengenang kasih yang dirindui.

Sunday, 26 September 2010

Inilah dunia

Inilah dunia,
Berapa ramai yang masih waras?
Berapa ramai yang masih bersujud?
Dosa dilihat dengan sekilas,
Kepada nafsu mereka berlutut.
Inilah dunia,
Harimau sudah pandai membaham anaknya,
Anak pula menjadi tuan,
Suami isteri lupa tanggungjawap berdua,
Ibadat dilaksanakan demi nama dan perhatian.
Inilah dunia,
Wang dan pangkat menjadi idola,
Tuhan dan agama dimusuhi,
Wanita menjadi mangsa nafsu serakah,
Inilah akhir zaman yang kian mendekati.
Inilah dunia,
Penuh kegembiraan,
Penuh penderitaan,
Penuh pengajaran,
Penuh kejahilan.
Inilah dunia,
Kita melakar impian diluasnya lautan,
Namun dibadan masih ada debu,
Hanya Allah
Maha pengampun,
Hanya kepada-Nya kita mengadu.
Inilah dunia,
Nikmat cuma seketika,
Sakit bagai seumur hidup,
Kehendak-Nya kita terima,
Selagi nyawa masih bertiup.
Inilah dunia,
Tempat bernaung,
Tempat menanam amal,
Demi mencapai jiwa yang tenang,
Demi mencapai kejayaan yang kekal.

Friday, 24 September 2010

Kisah seorang lelaki tua dengan seekor anjing

Seperti biasanya aku memandu keretaku untuk melapor bertugas dan entah kenapa pada hari itu aku merasa kelainan yang tidak sama seperti hari-hari biasa aku menuju ke tempat melapor. Di lebuhraya yang sibuk aku memandu dengan mindaku yang masih tertanya-tanyakan apakah perasaan yang aku rasa hari itu. Aku mengusap muka ku sambil mengucap dengan hembusan yang tegang. Tidak jauh dari pandanganku itu aku melihat sebuah kereta yang tiba-tiba mengetepikan keretanya dengan lampu kecemasan. Aku memperlahankan keretaku sambil memerhatikan seorang lelaki tua yang keluar dari kereta tersebut. Oleh kerana itu, dengan gerak hatiku yang kecil ini, aku pun merasa ingin membantu lelaki itu. Aku berhenti di belakang kereta lelaki itu dan terus menuju ke tempatnya. Alangkah terkejutnya aku apabila melihat seekor anjing yang teresak-esak terbaring di hadapan kereta lelaki itu yang mana ia kelihatan seperti telah dilanggar. Belum sempat aku menanyakan apakah yang telah terjadi, dia terlebih dahulu bertanyakan kepadaku adakah aku mempunyai sebarang kain yang lebih besar dari anjing itu. Aku mengatakan yang aku tidak mempunyai apa jua kain yang lebih besar dari anjing itu. Lelaki itu pun menggelengkan kepalanya dan pada masa itu aku terkejut melihat kejadian yang aku tidak pernah melihatnya. Lelaki tua itu mengangkat anjing itu didakapanya tapi malang anjing itu sudah pun mati. Walaupun begitu, tetap saja lelaki itu mengangkatnya ke dalam kereta dan terus meningalkan tempat itu dengan cepat. Aku berasa hairan dan seolah-olah kehadiranku itu tiada bermakna tetapi aku masih tertanya-tanya apakah yang akan dilakukan oleh lelaki tua itu kepada anjing yang sudah mati. Selepas kejadian itu aku pun meneruskan perjalananku ke tempat melapor bertugas. Tepat jam 6.48 petang kami semua bersurai dan masing-masing menuju ke tempat pos mereka. Sekali lagi dalam pejalananku menuju ke pos kawalan, aku melihat kereta lelaki tua yang sebelumnya aku temui berada di luar jalan lebuhraya yang menuju ke pantai. Aku yang diiringi rasa ingin tahu, berhenti seketika di belakang kereta lelaki itu. Tidak lama selepas itu pun aku melihat kelibatnya keluar dari celahan rumput lalang. Apabila saja dia tiba dikeretanya, aku pun langsung menegurnya. 'ke mana anda membawa anging tadi?' dan lelaki tua itu membalas 'ke mana lagi kalau bukan ke tanah.' aku terdiam sejenak mendengarkan katanya itu. 'kenapa anda bertanyakan tetang kain yang lebih besar dari anjing itu?' tanyaku dan dia menjawap 'untuk menjadi lapik mengangkat anjing tadi tetapi apa boleh buat kalau sudah keadaan tidak mengizinkan.' Aku memberanikan diriku untuk menanyakan adakah dia seorang islam dan dengan senyuman dia menjawab 'alhamdulilah'. Kecurigaanku semakin bertambah dan terus saja bertanya kepadanya jika dia seorang islam mengapa dia menyentuh anjing yang dihukumkan haram. 'najis menyentuh anjing memang haram tapi ia masih lagi dapat disucikan tetapi kita tidak dapat lari dari perasaan bersalah dan tanggungjawap.' balas lelaki tua itu dengan wajah yang tenang. 'cuba anda jeleskan apakah yang dimaksudkan dengan kata-kata itu?' tanyaku kembali kepadanya. Lelaki itu menceritakan bahawa dalam perjalanannya pulang petang tadi dia dengan tidak sengaja telah melanggar seekor anjing dan oleh kerana itu dia merasa bersalah kepada diri sendiri dan juga kepada Allah. Sesungguhnya manusia tiada hak untuk mengambil nyawa yang tidak bersalah tanpa sebab. Dengan berpegang falsafah sebeginilah lelaki itu sanggup mengendong anjing itu dan menanamnya berdekatan tepian pantai. Dia enggan meninggalkan anjing itu begitu saja, oleh sebab jika dengan kehendak Allah dia ditimpa kemalangan, siapakah yang sanggup berhenti untuk menolongnya. Itu mungkin saja boleh berlaku pada sesiapa pun. Jam tanganku menunjukkan pukul 6.54 petang dan aku terpaksa memotong perbualan lelaki tua itu kerana aku tidak mahu lewat tiba di pos nanti. Kami berdua beredar dari sana dan dalam perjalanan itu aku memikirkan ada juga benarnya apa yang dikatankan oleh lelaki itu. Kita harus bertanggungjawap atas segala perbuatan kita dan kita mesti selalu ingat bahawa nyawa kita bukan berada di tangan makhluk Allah tetapi adalah milik-Nya. Jika hari ini kita terlepas dari sebarang bencana tidak mustahil ianya akan kembali menggamit diri kita. Dengan itu walaupun masih timbul bermacam-macam pesoalan di dalam fikiranku tapi buat setakat ini biarlah aku meneruskan tanggungjawapku sebagai seorang pengawal dan semoga pengajaran yang aku dapat hari ini mampu membuka mata hatiku ini yang telah lama terpejam oleh dunia.

---suatu pengalaman yang tidak diduga olehku---

Tuesday, 21 September 2010

Penyajak jalanan

Aku penyajak jalanan
Yang berdiri ditengah-tengah kesibukkan

Melontarkan kata-kata nasihat
Pada telinga yang mendengar dan mata yang melihat

Aku tidak mengejar nama
Aku tidak mencari pujian semata-mata

Bahang kepanasan
Aku rasai di atas permukaan jalan

Apabila langit menangis
Aku berteduh bagai si pengemis

Sekiranya masih ada waktu
Hajat dihati ingin bertemu

Pada kasih yang menanti
Pada sinar cahaya yang abadi

Sunday, 19 September 2010

The wanderer: part 5

The tomb of seven warriors awaits,
As the dawn is breaking,
The wanderer held his head up high,
After a long night,
Death finally retreating,
Yet he promise to return for another try.

Covered in blood,
Throbbing wounds,
Wheezing breath,
The wanderer felt to the ground,
Saying that his journey has end,
Hence he won’t accept death.

The journey must go on,
To east and not to the west,
There await his answer,
For he is the chosen one,
This might all just be another test,
Everything will not be a hinder.

He stands up slowly,
To his dismay,
The wanderer collapse,
The pain and agony,
The path he must obey,
A statement he must prove to see.

Far beyond the horizon,
Groups of gypsy were walking,
One spotted the pale body of a man,
She cries for help among them,
Without warning,
They carried the wanderer into their caravan.

Celeste the gypsy,
Nurture the wanderer,
Day after day,
He still drown in his sleep like eternity,
The clan began to wonder,
If it’s any good to let him stay.

Aku ingin pulang


Ku kirimkan bingkisan rindu
Bersama dengan sang bayu
Agar ianya sampai kepadamu
Tetaplah engkau di situ.

Sampaikan salamku kepada ibu
Sebarkan kedatanganku
Hapuskanlah rindu
Sambutlah kepulanganku.

Kenangan di desa permai
Bertemankan suasana nan damai
Tiupan angin yang membelai
Dimataku kekasih kian melambai.

Diwaktu pekatnya malam
Berjuta mata yang pejam
Aku terkilan dan terdiam
Mengenangkan dosa-dosa silam.

Aku ingin pulang
Mencium tangan ibu yang tersayang
Tapi aku masih di sini berjuang
Meredah gelora hidup yang tiada penghujung.

Aku seorang penyajak jalanan
Mencari rezeki dibalik tulisan
Menghiburkan hati insan
Dengan tawa dan senyuman.

Desaku menanti
Ibuku sentiasa dihati
Kekasih kian ku rindui
Kini saatnya aku kembali.

Thursday, 16 September 2010

The wanderer: part 4


Through the night,
Through the mist,
A wanderer still continues to fight,
In search of a destiny that awaits.

The sun burns the land,
The rain washes away the sin,
Blood endlessly spill onto his hand,
A hundred bows of war flying across the wind.

A journey to the east,
Might come to an end,
Giving all his best,
Knowing nothing what to believe in.

Pointing to the east he beckons,
Thou shalth not be vain,
Thee heart will not be stolen,
By one who causes pain.

In the midst of confusion,
The air suddenly felt cold,
It felt neither truth nor illusion,
Ahead shines a light of gold.

He unsheathe his sword,
Ready his stance,
Ghouls and ghost flies in horde,
Along came out death in a glance.

The wanderer stares and grins,
For he know it’s time to face Death,
This is how things should end and begin,
This could be his last breath.

Monday, 13 September 2010

Puisi dan aku


Aku dicemuh
Aku dihina
Tapi hati ini akan tetap teguh
Demi kasih sayangku kepada semua.

Mata yang kasar
Mata yang liat
Mereka tidak akan faham maksud sebenar
Tidak mengerti qalam yang tersirat.

Megapa aku menulis
Mengapa aku mengarang
Kerana enggan melihat hati dihiris
Bagai bertiti di atas pedang.

Mata ini tidak akan menangis
Mata ini tidak akan melirik saja
Kerana cinta aku menulis
Kerana cinta aku mengejar cita.

Friday, 10 September 2010

DI hujung Ramadhan


Engkau pergi
Meninggalkan seribu harapan
Engkau pergi
Meninggalkan kami dalam penantian.

Wahai syahrul ukhuwah
Engkau kami nanti
Wahai syahrul jihad
Engkau kami rindui.

Titisan air mata
Gugur ditangan yang menadah
Mengharap bersinar cahaya
Semoga ibadah kita diterima Allah.

Ketenangan bertakha dihati
Kesyukuran menyedari hikmahnya
Keinsafan membasahi pipi
Kesabaran diuji dan ditempuh dengan redha.

Aku mohon akan kepulanganmu
Kembalilah kepada hati yang merindui
Semoga masa cepat berlalu
Agar engkau menyirami hati kami dengan cahayaNya yang murni.

Notaku


Aku menulis bukan mencari nama
Aku menulis bukan kerana harta
Aku menulis bukan untuk dipuji
Aku menulis bukan kerana terpaksa.

Rangkap ke rangkap
Kalimah demi kalimah
Aku meratap
Aku pasrah.

Aku menulis kerana aku sayang
Aku menulis kerana aku peduli
Aku menulis untuk Kebaikan
Aku menulis kerana Allah
Jiwa yang ikhlas lahirnya dari batin
Sesuci qalam yang aku lakar dinota ini.

Demi untuk kau dan aku
Agar kita saling ingat-menginati
Aku menulis kerana aku sedar
Aku menulis dengan harapan
Aku menulis agar ada perubahan
Aku menulis demi masa yang terbatas.

Jangan kerana harta
jangan kerana ilmu
jangan kerana pangkat
kita lupa dan lalai.

Tuesday, 7 September 2010

Anak liar

Dalam pekatnya malam,
Engkau mengembara,
Bersama darah muda,
Engkau berjalan dengan megah,
Melewati celah barisan manusia,

Hai anak liar,
Mari ke sini,
Tunjukkan kepadaku erti hidup,
Hai anak liar,
Mari ke sini,
Tunjukkan kepadaku erti maruah,

Engkau tenggelam didalam kelafaan,
Lupa jantan betina,
Bagimu semuanya sama,
Tiada yang dapat menghalangmu,
Engkau kata dunia milikmu,
Engkau kata malam adalah milikmu,

Hai anak liar,
Mari ke sini,
Tunjukkan kepadaku erti hidup,
Hai anak liar,
Mari ke sini,
Tunjukkan kepadaku erti maruah,

Dalam kefahamanmu,
hadir kegembiraan yang tiada hujungnya,
mengentas derita dengan dosa,
melayang-layang di dalam syurgamu,
bilakah agaknya engkau akan sedar.

Monday, 6 September 2010

Hutan batu

Aku menggorak langkah,
Menjejak kaki,
Di lantai bumi yang retaknya seribu,
Di sini semua orang merasa megah,
Mejalani hidup sehari-hari,
Ini kisah hidupku di hutan batu.

Cahaya terik matahari,
Angin yang berpuput lembut,
Pohon nan hijau,
Semuanya diselindungi,
Oleh batu-batu yang tiada raput,
Bangunan yang tinggi lagi memukau.

Manusia berkeliaran,
Sibuk dengan hal mereka,
Perlbagai kerenah dilihat,
Mata ini menjadi saksi pergelutan,
Meredah kehidupan di ibu kota,
Di sini hadir kemewahan dan pangkat.

Sedih dan tawa berjalan seiringan,
Yang miskin duduk di tepi jalanan,
Mengharap simpati dari orang,
Yang kaya ditenggelami kebakhilan,
Mereka lupa makna kesusahan,
Lupa erti berkasih sayang.

Malam menjelang,
Riuhnya suara bergema disetiap bangunan,
Setiap lorong yang aku lalui,
Pasti ada saja dugaan yang datang,
Suara azan diabaikan,
Seruan Allah dilupai.

Laungan manusia di pasar raya,
Kesibukan yang tiada penghujung,
Aku melihatnya hingga dini hari,
Aku berdoa,
dilindungi dari bencana yang tidak diundang,
semoga hidup di hutan batu ini dirahmati.

Aku menggorak langkah,
Di sini,
Di hutan batu,
Untuk mencari rezeki dan barakah,
Bukan menghambakan diri kepada duniawi,
Tapi kerana Allah yang satu.

Sunday, 5 September 2010

Aku dan hujan

Suara petir membelah langit,
Hujan yang turun tanpa berita,
Aku gentar dan aku takut,
Menyaksikan kekuasan Allah semata-mata.

Ombak menghempas daratan,
Angin bertiup tanpa arah,
Pokok bergoyang seakan tiada tujuan,
Cahaya petir yang terang memanah.

Aku terdiam bisu,
Melihat hujan yang turun,
Mengaburi jalananku,
Membasahi bumi yang kesedihan.

Aku merenung ke langit yang luas,
Melihat pekatnya awanan merah,
Berdoa kepadanya dengan ikhlas,
Supaya kami dilindungi dari segala bencana dan fitnah.

Saturday, 4 September 2010

Endless moments


"Beribu bunga yang mekar namun tidak semua yang secantik dirimu."
"A million flowers which blooms will never match your beauty."

Friday, 3 September 2010

Rindu diambang fajar

Fajar menggamit kalbuku,
Embun dingin berkilauan,
Seperti permata di hujung dedaunan.

Satu demi satu,
Bintang-bintang kejora yang bertaburan,
Berselindung dibalik cahaya mentari dan awan.

Teras hatiku diselimuti syahdu,
Merindui kekasih nan jauh di rantauan,
Hajat hati ingin melihat ikhlasnya senyuman.

Aku terdiam dan terpaku,
Mengamati mentari yang kian menjelma,
Memuji keaggungan ciptaan-Nya.

Ombak yang menderu,
Sampaikan salam rinduku kepadanya,
Dengan doa agar dilindungi sepanjang masa.

Thursday, 2 September 2010

Bapa bangsawan negara


Terima kasih kerana telah menghiburkan hati kami
Atas segala jasa yang telah engkau korbankan
Kami akan merinduimu
Senyumanmu akan kekal kami lakar didalam hati
Setelah sekian lama engkau menaburkan senyuman
Kini saatnya engkau kembali kepada Tuhan yang satu.

Wajahmu menghiasi layar kaca
Gelak tawamu memecahkan kesunyian
Keikhlasan diraut wajahmu kami hayati
Engkaulah seniman yang berjasa
Dan kami menyayangimu walau tiada pertalian
Wahai bapa bangsawan negara yang kami sanjungi.

Damailah engkau di sana
Kami di sini akan tetap mendoakanmu
Walau seribu tahun berlalu
Walau seribu wajah menjelma
Tiada nyawa yang bisa menggantimu
Tiada perwatakan seikhlas darimu.

Wednesday, 1 September 2010

I am a guard

I woke up to the call of dawn,
I look outside and wonder,
Will today make my face frown?
And,
How today will differ from any other day,
Standing on these ground,
As long as I am still under this uniform,
I bear the burden and responsibility,
A responsibility that no one can understand,
But me,
I sacrifice my time to earn not as much as I can get,
But to learn from what I can handle,
And to be of use to the community,
Not to be an obstacle to them,
This baton never been used so far,
Sometime I think to myself that if it’s just for display,
From dawn to dusk,
Under the sun I roast,
Under these certain pressure I struggle,
Only the eyes of those under this uniform can relate,
How we feel each and every day of our life,
We throw smiles a million times,
But frown are all we get,
Yet we still smile and keep our feelings at bay,
For we know what best and what not,
Every step I take will be watch,
Every mistake I make will be written,
I know how easy it may seem to other people,
For once if I had a wish,
I wish only for them to be in this shoe for a while,
I never regret doing what I do now,
Because I know I choose this path,
Small as it may be,
But the responsibility is endless,
I am a guard and a human being as well,
And thus I can say that I am what I am,
And I am not what I am without my uniform.