Gelora ombak kini menjadi tenang
Langit pula membiru
Burung camar riang berterbangan
Berbulan-bulan terasa seakan menghilang
Saatnya bahteraku untuk berlabuh
Setalh sekian lama merentasi lautan.
Begitu banyak dugaan yang datang
Sehingga diriku tak terlena
Setiap saat aku bergadai
Demi mencari kehidupan yang tak terlarang
Bersama itu aku redha
Namun hakikatnya kekalutan ini masih belum terlerai.
Setakat ini masih belum aku temui
Sebuah pangkalan mahupun pulau
Yang nanti sudi menerima bahtera dan diriku
Keresahan ini masih belum dapat aku takluki
sampai bila aku pun tak tahu
Ku berharap sahaja perlayaran ini bakal ada tempat untuk di tuju.

No comments:
Post a Comment