
Aku tak punya wang yang banyak
Kerja pun makan gaji sahaja
Aku tak punya pangkat
Yang ada pun cuma nama biasa
Aku tak sebijak ahli sarjana
Tapi aku tahu manulis.
Ingin aku isi
Dada ini
Dengan dalamnya ilmu
Setinggi awan di langit biru.
Aku iri kepada teman-teman
Antara mereka sudah berjaya
Tapi aku hanya hidup dibalik tulisan
Melakar gambaran maksud yang ada.
Bukan diri ini tidak bersyukur
Tapi inilah aku
Terpahat rasa penyesalan
Malang tak berbau.
Aku lihat ke kiri dan kanan
Masih ada peluang
Tapi waktu dan tugas
Sentiasa menghalang tujuan
Serba salah aku dibuat olehnya.
Aku pun mahu berkereta mewah
Ada rumah yang tersergam indah
Menjejak kaki di negara Eropah
Merasa lembutnya salji gugur ditadah.
Tapi aku tidak terdaya
Aku hidup seadanya
Makan pun seadanya
Biarlah semuanya sederhana.
Aku menulis nukilan ini
Bukan kerana sungutan
Tapi menghamparkan permaidani yang berdebu dalam hati
Menyampaikanya kepada rakan taulan
Agar mengerti siapa diri ku ini.
No comments:
Post a Comment