Tuesday, 26 November 2013
Aku Fathur Satriawan: Bahagian Kelima
Sepanjang hari aku berada di dalam masjid sambil memikirkan ke manakah akan aku tuju. Aku tidak mempunyai wang yang cukup untuk berberapa hari tapi akan aku usahakannya. Pada malamnya aku merayau untuk mencari sesuatu buatku jadikan rezeki. Dengan izin-Nya aku diberikan hidayah. Ku ambil kantong yang berada tidak jauh daripada pembuangan sampah dan aku mula mengumpulkan tin-tin minuman yang terbuang. Selama 4 hari aku hidup hanya dengan mencari rezeki sedemikian tapi ianya masih belum cukup untuk hidup di bumi yang serba baru bagiku ini. Setiap malam aku akan berjalan-jalan seperti orang yang kehilangan anaknya namun begitu sebenarnya apa yang aku cari itu adalah masa hadapanku. Seandainya orang ramai memahami perbuatanku ini alangkah indahnya namun sebaliknya mereka akan merasa jijik melihat penampilanku dan akan menjauhkan diri mereka sejauh yang mungkin. Aku bukan orang yang tidak siuman tapi keadaanlah yang membuatkan aku seperti orang yang tidak siuman. Pakaianku cuma ada 3 pasang sahaja. 2 pasang adalah untukku mencari rezeki di luar sana dan 1 pasang lagi adalah khas buatku beribadat kepada-Nya apabila berada di masjid. Tiada yang tahu aku hidup gelandangan begini tapi biarlah hidup gelandangan asal aku tahu di mana aku berdiri dan aku tahu siapa Tuhanku kerana niatku ke tanah ini adalah untuk mencari rezeki.-Fathur Satriawan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment