Thursday, 5 September 2013

SAAT PULANG

Bila kita tak pandang Dia
Dia tak pandang kita
Bila kita minta kepada-Nya
Kita sebaliknya mengarahkan-Nya
Bila kita sembah Dia
Adakah kita rasa malu kepada-Nya
Dia berikan kita apa yang patut
Tapi kita minta yang karut
Sesama manusia kita berlagak
Apatah lagi berhadapan dengan-Nya
Kita semuanya lupa dan lalai
Tanpa disedari penghujungnya kian melambai.

Di saat pulang nanti

Di manakah kita akan berdiri
Kalaulah di saat itu baru ingat akan Dia
Apalah gunanya.

Dia tinggalkan kita di dunia ini

Bukan dengan tangan kosong 
Tapi Dia tinggalkan kita dengan senjata
Maka senjata itulah Doa bagi insan yang mumin.

Kita sembah Dia jangan kerana terpaksa

Jangan kerana nama
Tapi kerana-Nya
Berdoa dan berzikirlah bukan dengan mulut dan lidah
Tapi dengan niat dan hati yang ikhlas bukan mengharap pahala ataupun ganjaran yang akan diberi.

Saat pulang nanti

Janganlah mengeluh
Kerana kita semua akan pulang jua.

No comments:

Post a Comment