Dipenghujung bulan Jun
Mentari seakan membakar jasad
Birunya langit tiada kelihatan
Beban yang dipikul semakin sarat.
Gurauan kanak-kanak sudah lama menghilang
Kini mereka hanya duduk di tepi jalan
Sesama mereka hanya saling memandang
Menanti satu keajaiban.
Dalam kesunyian ini
Bergegarlah bumi
Kanak-kanak itu berlari
Mencari tempat untuk bersembunyi
Bukan ibu dan ayah yang di cari
Kerana mereka sudah tiada lagi.
No comments:
Post a Comment