Tuesday, 19 March 2013

Perbatuan hidup


Selama ini aku mencari
Erti kehidupan yang pasti
Menerokai belantara
Meredah ombak diambang ribut
Meronta dan menjerit mencari nilai sejati.

Apakah aku sudah kehilangan arah
Ataupun tiada lagi ada jalan hendak di tuju
Di sini jalanku terhenti
Di perlabuhan hidup yang tak jauh dari sepi.

Ingin aku tinggalkan hidup yang ada ini
Demi mencari ilmu yang sentiasa menanti
Itulah pengorbanan
Demi mencapai segala impian
Tak ingin aku ulangi kesilapan lampau.

Hari ini aku bertekad
Ingin mencari hidup yang lebih bermakna
Walau hati ini berat
Tapi itulah hakikat.

Tanpa ilmu siapalah kita
Dengan ilmu orang akan memandang kita
Ilmu adalah segalanya
Baru kini aku tahu erti disebaliknya.

Sebelum penyesalan datang mengetuk pintu
Haruslah aku bersedia dengan ilmu
Sebelum usia menjemputku pulang
Haruslah aku bersedia untuk berjuang.

1 comment:

  1. ini nasihatku kepada diriku dan pada anda sekalian: selagi kita takut untuk menghadapi sesuatu yang baru selagi itulah kita tidak akan tahu apa yang ada di hujung terowong kehidupan. Selagi kita berkata 'aku tidak pandai' maka sampai bila kita mahu jadi bodoh. Selagi nyawa dikandung badan, cari dan curilah ilmu dari mana jua ia datang. Dalam hidup jangan membunuh selain membunuh waktu, dalam hiup jangan mencuri selain mencuri ilmu. Ingatlah semua kesusahan itu ada jalan penyelesiannya. Kalau kita ingin maju, jangan pernah takut pada apa jua halangan dan sentiasa bersiap sedia untuk berkorban demi MASA hadapan....yang tulus ikhlas Muhammad Najib Abdullah

    ReplyDelete