Wednesday, 19 January 2011
siapakah kita?
Apabila kita melihat didalam cermin sudah tentu kita akan melihat bayangan rupa kita, tetapi sejauh mana kita memahami akan diri kita sendiri. adakah kita lebih baik dari hari ini ataupun kelmarin? adakah sepanjang minggu ini kita ada menyakiti hati seseorang samada kita sedari ataupun tidak? adakah kita layak menerima pujian ataupun pangkat yang telah diberikan? ada masanya aku berfikir apalah gunanya hidup jikalau tidak ada asam garamnya. sepanjang hidup ini kita masih lagi merantau tetapi merantau kemana entah kita pun belum pasti walaupun kita mempunyai tujuan dan arah yang di tuju. apakah yang akan kita lakukan sekiranya kita sudah sampai di tujuan dan hasrat kita? adakah semuanya akan berakhir di situ? bak kata bahasa orang barat 'the end is just the beginning'. ya, suatu penhujung itu hanyalah sebuah permulaan. namun sampai bila? kita tidak tahu bila akan terjadi sesuatu yang tidak kita ingini tetapi adakah kita semua sudah bersedia? kehidupan ini penuh dengan dosa namun pahala itu cuma sedikit. memang benar apa yang haram itu semuanya indah belaka tetapi yang baik itu semuanya umpama seksa. samalah juga dengan obat. mana ada obat yang manis semuanya rata-rata pahit.ada juga dalam hidup ini orang membenci kita, tetapi kita sendi tidak tahu apa kesalahan kita terhadapnya. memang sukar untuk difahami perilaku sedemikian tetapi inilah haikat hidup yang telah wujud sejak zaman Nabi Adam. manusia ini lemah tetapi mereka masih juga merasa diri mereka kuat dan gagah. merka semua bangga dengan dosa-dosa namun kian menjauhi dari Tuhan. aku sedar yang diriku ini juga mempunyai dosa namun masih juga ada orang yang mempunyai dosa yang lebih besar dari diriku ini. jangan kita berfikir bahawa kita telah berbuat banyak kebaikan namun hakikatnya ada lagi orang yang melakukan kebaikan dijalanNya. aku sering bertanya kepada diriku ini 'apakah yang aku cari didalam hidup ini?' sudah tentu aku akan mengatakan ianya adalah kehidupan. ya, aku mencari kehidupanan...aku tidak mencari kekayaan,tidak juga mencari kemiskinan. yang nyata aku mencari erti kehidupan ini kerana didalam hidup inilah ada segala-galanya seprti agama,pelajaran,pekerjaan dan lain-lain kerana jika aku cuma mencari satu ataupun dua maksud didalam hidup ini sudah pasti aku tidak akan mengeti akan erti hidup ini. sebab erti kehidupan ini akan kekal buat selamanya hingga kita di kubur sekalipun ianya tetap akan melangkah meskipun diri ini sudah tiada lagi. akhirnya kita pun bertanya kepada diri ini siapakah kita? jawapnya ada di hujung sudut kehidupanmu. jika kita seorang yang baik dan disayangi oleh keluarga dan kawan-kawan maka teruskanlah ia tapi jika kita tidak sedar akan siapakah diri kita ini ia tetap akan terserah kepada individu itu untuk mengerti akan dirinya sendiri walaupun mengambil masa yang lama. seseorang manusia itu tidak akan sepanjang hayatnya hidup MERATA hingga ke tua, sudah pasti ada perubahan sama ada yang nyata ataupun tidak. kita semua mesti berubah demi kebaikan kita.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment