Tuesday, 18 January 2011

perjalanan pulang

dalam perjalanan pulang ku dari kerja ke rumah, aku terfikir akan sesuatu. sampai bilakah kita akan menanti? kalau hidup penuh dengan penantian adakah ianya suatu yang baik ataupun tidak? hujan yang tadinya turun dengan renyainya tiba-tiba menjadi lebat. aku memperlahankan kenderaan ku dan ini memberikan masa yang panjang untuku berfikir. aku teringat akan sebuah rankap yang berbunyi 'kini kau tiada lagi dan yang tinggal hanya mimpi' memang benar akan ungkapan itu. apabila orang yang kita sayangi tidak berada disisi kita, sudah lazimnya kita akan merinduinya tidak kiralah kepada kekasih ataupun kedua ibu bapa kita. yang pasti manusia itu tidak akan sanggup hidup bersendirian dan jika mereka kehilangan sesiapa saja yang dekat dengan mereka sudah tentu yang akan tinggal dalam ingatan hanyalah kenangan dan mimpi. ada juga ungkapan yang berbunyi 'cinta sudah tiada lagi dan kini aku cuma mencari cinta yang abadi' sebenarnya cinta itu tidak pernah luput didalam hati manusiai. walau mulut mengatakan tidak cinta tapi jauh dilubuk hati mengatakan ia cinta. abadi disini yang dimaksudkan bukanlah cinta sesama insan tetapi cinta yang abadi kepada Tuhan. itulah cinta yang abadi. perjalanan ku semakin hampir ke rumah dan hujan semakin reda serta fikiran ku pun sedikit tenang. aku cuba untuk mengerti apakah erti sebuah penantian itu dan apakah erti kehilangan. bagi ku penantian itu sesuatu yang amat sukar untuk dilakukan dan erti kehilangan itu bermaksud kita akan mudah mengalah tetapi aku berharap kita semua tidak akan mengalah didalam hidup ini. kalau kita mengatakan hari ini aku bernasib malang cuba fikirkan sejenak bahawa masih ada lagi orang lain yang mempunyai hari yang lebih malang dari kita. maka bersyukurlah dengan apa jua nikmat yang diberikan kepada kita.

No comments:

Post a Comment