Sunday, 2 January 2011
Salam dariku kepada semua
Asalamualaikum dan salam sejahtesa. Anak cina naik sampan, sampan menghala ke kuala Peramu, 2010 meninggalkan diri dengan penuh kenangan, 2011 kini hadir membuka lembaran baru. Selamat tahun baru saya ucapkan pada pembaca blog ini. Disini adanya saya menulis nota ini adalah untuk mengingati kita semua dan terutama sekali diri saya sendiri. Alhamdulilah sepanjang menjalani tahun 2010 semuanya berjalan dengan kehendak-Nya. Di tahun yang sama juga telah menandakan 3 tahun saya bekhidmat sebagai pengawal keselamatan. Memang sebelum ini saya tidak pernah menyatakanya didalam info ringkas pribadi saya tetapi ada berberapa puisi yang saya hasilkan bagi memberi sedikit pembayang dengan apakah perkerjaan saya. Salama 3 tahun ini saya banyak belajar tentang kehidupan seharian kita dan saya juga berterima kasih kepada para sahabat seperjuangan, ketua-ketua dan pegawai pengawal keselamatan semua kerana telah memberi tunjuk ajar mengenai pekerjaan dan memberi nasihat yang berguna. Bercakap mengenai tugas sebagai pengawal keselamatan ianya bukanlah seperti mana yang anda (orang awam) andaikan. Kami adalah orang yang dipertangung jawabkan untuk menjalankan tugas yang disuruh oleh majikan. Kadang-kadang walaupn kami tidak merasa enak untuk melaksanakanya namun jika ianya sudah arahan apa daya kami untuk membantahnya kecuali ianya sesuatu yang diluar batas undang-undang. Kami berkerja dengan waktu masa yang melebihi 8jam namun bagi saya inilah pengorbanan yang kami lakukan demi menjaga keselamatan anda semua. Tapi ingat kami juga manusia yang mempunyai keluarga. Kami korbankan masa demi mencari rezeki untuk diri sendiri dan juga keluarga. Ada juga diantara kami yang menjalankan tugas dengan hanya berbumbungkan langit. Jika panas maka panas jua kami redah dan jika hujan maka hujan jua lah kami harungi, ini semua kami lakukan demi mengikut arahan yang diberikan. Yang sebenarnya kami (pengawal keselamatan) tidak pernah meminta untuk orang awam memuji tata cara kami menjalankan amanah dan tidak pula kami mengharapkan simpati tetapi apa yang kami minta cuma secebis rasa hormat. Tahun 2010 memang sudah berlalu tetapi banyak pengajaran yang telah diajarinya. Pada tahun yang sama juga saya telah kehilangan seorang ayah pada bulam mei 2010. Walaupun almarhum adalah bapa angkat saya tetapi saya mengangap beliau seperti bapa kandung sendiri. AL-FATIHAH buat HJ ALI HJ BAKAR. Pada hari kedukaan tersebut, saya tidak mampu untuk meluahkan air mata. Abang,kakak,ibu dan adik semuanya menangis tapi bukan diri ini. Mestikah kita menangis apabila kehilangan sesorang yang kita sayangi? Itulah yang saya katakan di dalam hatiku yang resah pada ketika itu. Aku cuma menangis didalam hatiku tapi tidak dimata dan tiada siapa yang dapat melihatnya. Yang pergi tetap akan pergi manakala kita yang hidup ini perlu meneruskan kehidup dan pasti kita akan mengiringi mereka entah esok ataupun lusa kerana Allah sajalah yang tahu. Kita masih lagi mengimbas perihal yang dialami oleh saya sepanjang tahun 2010 yang mana telah menjejaskan minat saya dalam bidang sukan iaitu berlari. Pada awal januari 2010 sewaktu melakukan pemanasan badan, betis disebelah kiri telah terseliuh dan ini menyebab kesakitan yang ketara. Tempoh penyembuhan mengambil masa hampir setahun hingga ke hari ini. Walaupun sudah dapat untuk membuat larian tetapi betis saya sudah tidak sekuat dahulu kerana otot yang ada di dalamnya telah rosak dan ini membuatkan ianya menjadi 'fragile'. Peristiwa ini amat mengecewakan tetapi tetap akan aku tempuh ianya dan memandang pada hikmah disebaliknya. Memang banyak hal-hal yang berlaku pada tahun 2010, tapi biarlah sebahagianya saya saja yang tahu dan bagi anda semua apa kah yang telah anda kecapi sepanjang tahun lepas?adakah impian dan hajat sudah kesampaian? Bagi saya sendiri insyallah pada hujung tahun 2011 akan melangsungkan nikah. Semoga rezeki tetap ada dan jodoh kekal menanti. Setakat ini saja dulu saya menceritakan perihal saya dan semoga ditahun yang baru ini akan membawa makna. Sekian terima kasih
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment