Sunday, 16 January 2011
Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi
seawal subuh aku sudah pun terjaga. Aku keluar dari rumah dan aku duduk sejenak di bawah sepohon pokok kelapa. Buat sekian lamanya barulah kali ini aku melihat tajam ke arah langit. Betapa indahnya bintang-bintang menghiasi cakrawala, menerangi pekatnya malam inilah kuasa sang pencipta. Mata hati ku mula berbicara dan bertanya. Adakah kita setiap hari melihat dan merenung ke arah langit? Apabila kita 'melangui' ke aranya adakah kita bersyukur dan mengucap subhanallah? Adakah kita mengagumi karya Tuhan yang maha esa? Adakah kita sujud padanya? Bagiku perkara seperti ini amat jarang sekali berlaku. Seandainya Tuhan melenyapkan bintang-bintang di langit adakah kita akan sedar akan kehilanganya? Kita tidak akan sedar sesuatu itu sekiranya ia sudah hilang. Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah, kita sebagai manusia pada akhir zaman ini amat jauh berbeza berbanding dengan manusia beratus-ratus tahun yang lalu. Kita terlalu sebok sehinggakan tiada masa untuk menyembah Tuhan.kita terlalu berbangga melakukan dosa-dosa. Hidup kita dipenuhi dengan pelbagai aktivi sehinggkan kita leka akan tanggung jawap utama kita. Mungkinkan ini cubaan dari Tuhan untuk umat Nabi Muhammad yang berada di akhir zaman ini? Fikiranku mula sedar dan ada juga perasaan takut. Maka wajarlah kita sebagai manusia ini harus tergur menegur antara sesama insan yang lain. Ingatlah bahawa tiada manusia itu yang kudus kecuali para Nabi. Aku mengingati diri ku dan juga para pembaca semua jika selama ini kita leka maka berubahlah, jika selama ini kita selalu mengatakan hal orang lain maka berubahlah dan aku yakin kita semua tidak akan berubah dengan sekelip mata. aku berganjak dari tempat duduk ku dan bercadang hendak melaksanakan solat tahajud. Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi. 82 surah yaseen
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment