Sering aku melihat di luar sana
Tapi tetap saja aku melihatnya
Esok dan esok
Tapi tiada yang berubah hanya sebak
Bezanya hari ini
Ialah mecipta dan merancang nasib diri
Cuma terserah kepada kita
Kalau mahu merubah nasib yang ada
Terlalu banyaknya esok
Sehinggakan kita terleka dan asyik
Terlalu banyak janji
Sehinggakan kita terlupa apa erti hidup ini
Aku ingin merubah hari esok
Aku tidak mahu berpanas diwaktu sejuk
Apa gunanya kalau hanya tahu menanti
Kalau diri ini tidak sanggup berdiri
Kemana kah perginya hari esok
Kemanakah perginya juga kanak-kanak
Kalau hanya berbicara
Tiada bermakna kalau tiada telinga
Seandainya esok mampu aku ubah
Sudah pasti setiap hari-hari esok akan indah
Kendatipun ianya cuma satu khayalan
Esok dan takdir itu cuma hal keTuhanan

No comments:
Post a Comment