Friday, 29 January 2010

15 jam yang lalu

15 jam yang lalu aku adalah seorang yang yang berbeza daripada sekarang. 15 jam yang lalu aku memandu pulang ke rumah. 15 jam yang lalu aku bersendirian di dalam kereta ku. 15 jam yang lalu aku kepenatan dan mengaharapkan kehangatan apabila aku pulang nanti. 15 jam yang lalu aku mengimbas semula akan kehiduapan ku yang lalu. 15 jam yang lalu aku juga tersenyum terkenangkan ulah ku sepanjang hari. 15 jam yang lalu aku terdiam memikirkan jika aku ada menyakiti hati sesiapa saja sepanjang hari. 15 jam yang lalu aku melintasi lebuhraya yang gelap nan sepi. 15 jam lalu aku melihat anak-anak muda memotong dari sebelah kanan ku. 15 jam yang lalu aku melihat seekor tengiling kecil dengan perlahannya menyberangi jalan raya. 15 jam yang lalu aku mendekati simpang rumah ku. 15 jam yang lalu aku melihat pasangan hidupku menanti kepulangan ku di anak tangga. 15 jam yang lalu aku sungguh kasihan melihatnya berjaga sanggup untuk menanti ku. 15 jam lalu aku memeluknya tanda aku kasih dan saying kepadanya dan juga betapa aku rindu kepadanya. 15 jam kemudian aku di sini mengarang apa yang telah terjadi sepanjang 15 jam yang lalu tapi dalam masa 15 jam itu aku percaya segalanya boleh terjadi apa tah lagi dalam masa sesaat. Jadinya nikmatilah kehidupan ini dan bersyukurlah pada yang maha Esa kerana kita masih lagi bernafas di bumi yang nyata ini.

1 comment:

  1. ini bukanlah sebuah puisi tapi cereta yang pendek mengenai pengalaman penulis.

    ReplyDelete