Thursday, 18 February 2010

ancala kawya (gunung penyair)


Aksara yang ditulis dengan qalam
Qalam yang seindah alam
Tidak bererti buatku tanpa kasihnya lakaran cinta
Aku sangup menanggung deritanya

Kerana haruma kasturi
Dimataku hadir sang dewi yang lemah gemelai menari
Inikah nirwana
Inikah bencana

Kian hari kian menyepi
Namun aku tetap disini berdiri teguh di ancala kawya.
Ke mana harus aku pergi
Di sini mungkin tiada apa lagi

Apa yang tinggal adalah sisa detik yang telah aku lupakan
Merentasi kehidupan lembaran demi lembaran
Aku berharap akan sampai ke puncak itu
Dengan doa dan zikir semuanya akan dekat disamping ku

No comments:

Post a Comment