Friday, 29 April 2011

kisah seorang jejaka biru


Aku tinggalkan sejenak keluarga
Aku korbankan masa dan nyawa
Hanya kerana mencari rezeki
Demi menyara hidup sehari-hari

Orang lain cuma melihat luaran saja
Namum mereka tidak dapat merasa hakikatnya
Aku berpanas diwaktu pagi
Aku juga kedinginan diwaktu dini hari

Aku tidak lari dari membuat kesalahan
Kerana aku juga makhluk ciptaan Tuhan
Aku fahami arahan yang ada
Agar kesalahan itu jauh dimata

Akan aku tempuhi jalan ini
Walau pahit manis tetap di sisi
Aku akan melangkah jurang yang ada
Agar hidup ini kian bahagia

Doa dan harapan aku sematkan didada
Aku luaskan akal dan minda
Aku tidak berjanji untuk setia
Tapi aku akan terus berusaha

No comments:

Post a Comment