Saturday, 9 April 2011

Puisi untuk sahabat

Bila sudah tiada tangis,
Hati yang lembut mula terhiris,
Melayang impian bersama cita,
Mengejar erti hidup dan masa.

Di sini aku berdiri,
Mencuba mengungkapkan suatu rasa,
Namun apabila sepi mengamit hati,
Tiada ayat hendak ku kata.

Aku melintasi ranjau kehidupan,
Bertemankan sedih dan tawa,
Mencari secebis kenangan,
Agar hidup membawa makna.

Ku kirimkan salam bersama bayu,
Ku sematkan harapan yang mengunung,
Dengan harapan ia sampai padamu,
Meskipun masa ku sampai ke penghujung.

Tidak ku minta hidup mewah,
Tidak pula ku mahu hidup dibelenggu janji,
Biar arus kehidupan menentukan kita,
Kerana aku ingin melihat hidup ini seindah sinaran mentari.

No comments:

Post a Comment