
Apa bezanya engkau dan aku?
Aku naik bas
Engkau pula pandu kereta mewah.
Aku belajar sampai tingkatan tiga
Engkau pula sampai ke universiti.
Kalau ada lain hari
Aku berharap bersua dengan mu lagi
Kalau aku masih rindu
Aku berharap engkau pun begitu.
Apa bezanya engkau dan aku?
Aku tiada harta
Engkau pula kaya raya
Aku hitam macam kopi
Sedangkan engkau pula putih dan cantik.
Kalau ada kesempatan
Ingin ku luahkan rasa yang tependam
Jika engkau sudi
Izinkan aku memetik bunga di taman hati.
No comments:
Post a Comment