Dalam waktu jangka masa yang singkat, osama telah ditembak mati oleh tentera NAVY SEAL kumpulan ke enam dari Amerika Syarikat. Adakah anda mempercayainya? Adakah anda penyokong Osama? Fahamkah anda tentang sandiwara dunia? Bagi pendapat peribadi saya adalah semua ini cuma satu helah yang dirancang oleh Amerika. Mereka mengatakan jasad Osama dikebumikan di tengah-tengah laut memandangkan mereka (Amerika Syarikat) mengatakan bahawa tidak mungkin ada negara yang akan menerima jasad teroris yang paling dikehendaki di dunia. Itu semuanya bohong. Kenapa? Jika benar Osama itu bukan watak rekaan Amerika, maka jasadnya akan dipamerkan terang-terangan sebagai bukti yang Osama itu wujud. Tapi sebaliknya mereka memberikan foto wajah Osama yang telah meninggal dunia. Tapi tunggu, jika anda melihat gambar wajah tersebut anda akan memfokuskan pada kedua belah matanya yang mana kedua-duanya rosak sedangkan tentera Amerika mengatakan yang Osama ditembak mati di kepala. Gambar yang anda lihat itu adalah gambar ciptaan sahaja dan bukan gambar wajah Osama yang sebenar dan gambar itu adalah di ambil dari gambarnya melalui teknik photoshop (cut & paste) Kenapa Amerika sekarang baru mengumumkan yang Osama sudah tewas? Tidak lain dan tidak bukan, cuma hanya ingin dunia islam merasa kehilangan pejuang mereka dan ini akan mengakibatkan ketidak stabilan social antara sesama islam dan akhirnya serangan balik (retaliation attack) akan dilakukan. Bagi saya, Osama tidak pernah wujud. Jika benar dia seorang pejuang islam,kenapa harus dia berdiam diri sambil bersembunyi di dalam gua sedangkan pada ketika itu dunia islam dilanda kekalutan. Ini semuanya sudah dirancang oleh Amerika Syarikat. Mereka sering kali campur tangan dalam masalah negara-negara lain terutamanya negara islam dan akhirnya mereka akan dianggap sebagai hero dunia,padahal semuanya itu sudah dirancang. Kalau ada sesetengah antara kita yang terserempak dengan artikal mengenai perjuangan Osama, saya berani mengatakan ianya semua PALSU. Dunia ini umpama pentas, negara-negara yang lain umpama para pelakonya dan Amerika Syarikat adalah direktornya. Pergolakan dunia pada ketika ini amat gawat dan kekadang kita tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah. Buat setakat ini,kita lihat dan tunggu apakah yang akan terjadi seterusnya. Semoga saja Allah melindungi mereka-mereka yang dibawah naunganya.
By:karma jumantara @ Najib Abdullah
No comments:
Post a Comment