Tuesday, 30 August 2011

Gerimis dimalam syahdu


Langit malam kian memekat
Takbir memecah kesunyian angkasa
Hujan kini turun dengan lebat
Di malam ini
Malam Aidilfitri yang mulia.

Aku terkenangkan ibu dan ayah
Aku terkenangkan sang kekasih
Aku terkenangkan desa permai
Aku terkenangkan semuanya yang telah lama ku tinggalkan.

Biar jauh aku tetap rindu
Di malam ini
Malam yang Syahdu
Penuh keinsafan dan erti.

Kehadiranku harap diterima
Doaku mohon dikabulkan
Kerana esok kita akan bersua
Dengan itu aku memohon maaf zahir dan batin.

Saturday, 27 August 2011

Janna

The smile on your face always cheers my heart when I am in sadness. I want to keep on loving you for you are but there are times, when my lips are seal and unable to say true feelings inside. I hide my worries when I am with you, shy away from the world I live in and take shelter in your piece of heart. We went through a lot throughout the years, we argue and we laugh and that is just the way it is. We are different individual and yet our feelings toward each other are identical. I may not have the wealth that you and I dream of but what good of wealth if I am unable to love you. I love you the way how I love you and not by copying what other do. With this I can only say that I love you with all my heart and soul.

Saturday, 20 August 2011

Air mata


Kenapa ada air mata
Tatkala kegembiran mula bersemi?
Engkau dan aku jauh berbeza
Engkau langit dan aku bumi.

Jarak antara kau dan aku
Telah melunturkan harapan
Kenapa harus kita menilai dan mengadu?
Sedangkan sisa cinta masih tersimpan.

Air mata tidak dapat memujuk mu
Walau aku menyusun sepuluh jari
Walau aku sujud di kaki mu
Namun ia tidak akan mengembalikan waktu yang telah berlalu pergi.

Kepergian mu adalah sebagai tanda
Bahawa aku juga insan biasa
Tidak lari dari dosa
Cuma menentang arus yang melanda.

Friday, 19 August 2011

Ada


Dibalik tawa
Ada kesedihan
Dibalik cahaya
Ada kegelapan
Sesuci wajah
Seikhlas senyuman
Seindah warkah
Selembut sentuhan.

Ada rindu,
Ada sayu,
Ada benci,
Ada sunyi,

Dibalik puisi
Ada makna
Dibalik ayat yang dihiasi.

Ada suka dan duka,
Ada lautan biru,
Ada bulan madu,
Ada angin bayu,
Ada bumi,

Dibalik awan
Ada angkasa
Dibalik tabir harapan
Ada cita-cita
Semanis janji
Seindah kata-kata
Seharum kasturi
Secantik bunga.

Ada penantian,
Ada kesedihan,
Ada kegelisahan,
Ada keresahan,

Dibalik air mata
Ada kesedaran
Dibalik hina
Ada kesyukuran
Di sini
Ada aku
Di sini
Tiada lagi ragu
Aku menulis
Aku menangis
Di sini.

Ada semuanya,
Ada cinta,
Ada nikmat,
Ada rahsia,
Ada berkat,

Dibalik segalanya
Ada jawapan baginya.

Saturday, 6 August 2011

Darimanakah asal usul Wallpaper Windows berjudul "BLISS"



Asalamualaikum dan salam sejahtera. pernahkah biskita tertanya-tanya dari mana kah 'wallpapper' untuk WINDOWS kita yang berjudul 'BLISS' berasal? minta maaf sekiranya biskita mengunakan telefon bimbit, mungkin gambar yang di muat turun di dalam nota ini tidak dapat dilihat, tetapi bagi pengguna Laptop ataupun Desktop sudah tentu dapat melihatnya. Gambar yang indah dan menenangkan jiwa ini sebenarnya bukanlah gambar yang di reka melalui photoshop ataupun mana-mana jua 'software' untuk menghasilkan gambar yang menarik umpama fantasi tetapi sebenarnya gambar 'BLISS' ini telah di ambil oleh seorang jurugambar yang bernama Charles O'Rear yang berasal dari St. Helena California America. tempat gambar ini diambil adalah di Sononoma County, California America pada tahun 1996 dan gambar yang saya muat turun di dalam nota ini adalah perbezaan anatara tahun 1996 dan 2006. Cuba biskita bezakan kelainan dan perubahan yang ada di gambar ini. setentunya ia mungkin tidak lagi di beri judul 'BLISS'. Jika biskita mempunyai GOOGLE EARTH biskita bolehlah meyemak kordinasi ini 38.248966°N 122.410269°W dan lihatlah sendiri bagaimanakah keadaanya pada masa kini.

Monday, 1 August 2011

Review: Lagu 'harap maklum' oleh Bill & Brod


Ini adalah sebuah lagu yang berjudul 'harap maklum' dinyanyikan oleh kumpulan Bill & Brod. Penyanyi leadnya pula bernama Arie Wibowo yang mana beliau mempunyai suara mulus dan juga seorang pencipta lagu bagi kumpulan ini. Seni kata lagu ini mungkin kedengaran sedikit lucu tetapi ia mengambarkan tentang kehidupan kita sehari-hari. Lagu ini bermula dengan mengisahkan seorang jejaka yang telah menerima surat undangan pernikahan daripada gadis yang ia cintai yang mana baru sahaja seminggu dia melafazkan sumpah setia dengan jejaka tersebut. Pada waktu itu gadis ini sempat merayu untuk memimta dibelikan gincu dan baju baru. Oleh kerana sayang dan cinta, jejaka tersebut terpaksa merelakan sawah dan kambingnya demi menunaikan hajat gadis itu. Walaupun hajat gadis ini sudah dikabulkan oleh jejaka ini, gadis itu cuma berkata yang ia tidak tahan melihat yang gemarlapan (harta dan wang) lantas itulah sebabnya ia menikahi orang lain. Jejaka itu mungkin agak kecewa kerana gadis yang sekian lama dicintainya itu rupanya seorang mata duitan. Jejaka tersebut pun sudah maklum mengenai perangai gadis itu dan ia cuma meminta kembali sawah dan kambingnya yang telah digadainya dahulu sebagai tebusan atas segala yang telah jejaka itu korbankan demi cinta. Hal semacam ini pun memang wujud dikalangan masyarakat kita. Ia bukan saja sebuah lagu untuk didengar tetapi ia juga mempunyai pengajaranya yang tersirat. Semoga review ini dapat membuka minda kita semua. sekian terima kasih.

Tuesday, 26 July 2011

Berada disayap seekor pipit


Adakah engkau pernah terbayang?
Adakah engkau pernah gagal?
Adakah engkau pernah mengembara?

Di suatu tempat dimana engkau sepatutnya berada
Tatkala aku merenung hidupku ini
Aku meliat keupayaan disetiap sudut kehidupanku

Walau aku bukan seorang sarjana
Walau aku bukan seorang pegawai
Walau aku bukan seorang jurutera

Namun inilah siapa aku yang sebenarnya
Jiwaku penulis
Dan aku akan terus menyusun syair dari rangkap ke rangkap
Sesunguhnya aku ingin menjadi seorang wartawan
Sebagai penulis pun apa kurangnya
Namun siapa yang dapat menilainya?

Di saat ini
Aku cuma mampu berpegang dengan selembar harapan
Umpama berada disayap sang pipit.