
Kenapa ada air mata
Tatkala kegembiran mula bersemi?
Engkau dan aku jauh berbeza
Engkau langit dan aku bumi.
Jarak antara kau dan aku
Telah melunturkan harapan
Kenapa harus kita menilai dan mengadu?
Sedangkan sisa cinta masih tersimpan.
Air mata tidak dapat memujuk mu
Walau aku menyusun sepuluh jari
Walau aku sujud di kaki mu
Namun ia tidak akan mengembalikan waktu yang telah berlalu pergi.
Kepergian mu adalah sebagai tanda
Bahawa aku juga insan biasa
Tidak lari dari dosa
Cuma menentang arus yang melanda.
No comments:
Post a Comment