
Ini adalah sebuah lagu yang berjudul 'harap maklum' dinyanyikan oleh kumpulan Bill & Brod. Penyanyi leadnya pula bernama Arie Wibowo yang mana beliau mempunyai suara mulus dan juga seorang pencipta lagu bagi kumpulan ini. Seni kata lagu ini mungkin kedengaran sedikit lucu tetapi ia mengambarkan tentang kehidupan kita sehari-hari. Lagu ini bermula dengan mengisahkan seorang jejaka yang telah menerima surat undangan pernikahan daripada gadis yang ia cintai yang mana baru sahaja seminggu dia melafazkan sumpah setia dengan jejaka tersebut. Pada waktu itu gadis ini sempat merayu untuk memimta dibelikan gincu dan baju baru. Oleh kerana sayang dan cinta, jejaka tersebut terpaksa merelakan sawah dan kambingnya demi menunaikan hajat gadis itu. Walaupun hajat gadis ini sudah dikabulkan oleh jejaka ini, gadis itu cuma berkata yang ia tidak tahan melihat yang gemarlapan (harta dan wang) lantas itulah sebabnya ia menikahi orang lain. Jejaka itu mungkin agak kecewa kerana gadis yang sekian lama dicintainya itu rupanya seorang mata duitan. Jejaka tersebut pun sudah maklum mengenai perangai gadis itu dan ia cuma meminta kembali sawah dan kambingnya yang telah digadainya dahulu sebagai tebusan atas segala yang telah jejaka itu korbankan demi cinta. Hal semacam ini pun memang wujud dikalangan masyarakat kita. Ia bukan saja sebuah lagu untuk didengar tetapi ia juga mempunyai pengajaranya yang tersirat. Semoga review ini dapat membuka minda kita semua. sekian terima kasih.
No comments:
Post a Comment