
Langit malam kian memekat
Takbir memecah kesunyian angkasa
Hujan kini turun dengan lebat
Di malam ini
Malam Aidilfitri yang mulia.
Aku terkenangkan ibu dan ayah
Aku terkenangkan sang kekasih
Aku terkenangkan desa permai
Aku terkenangkan semuanya yang telah lama ku tinggalkan.
Biar jauh aku tetap rindu
Di malam ini
Malam yang Syahdu
Penuh keinsafan dan erti.
Kehadiranku harap diterima
Doaku mohon dikabulkan
Kerana esok kita akan bersua
Dengan itu aku memohon maaf zahir dan batin.
No comments:
Post a Comment