Saturday, 22 January 2011

AWAS POKOK TUMBUHAN INI!!!


Salam, Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca pos...ting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda. Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta. Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah. Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera. Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam. Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning". Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang

Friday, 21 January 2011

Titik yang panjang: kisah antara dua dunia

Pada ketika kau hembuskan kata-kata cinta pada teligaku, itulah antara saat-saat manis dalam hidupku bersamamu. Ingatkah engkau pada hari pertama kita bertemu? Sudah pasti engkau masih ingat akan ia. Ketika itu kau dan aku sering bertelingkah, kerap benci membenci. Di mata ku engkau adalah seorang pelayan restoran yang angkuh manakala engkau pula melihat ku sebagai seorang tukang masak yang ego. Engkau tidak ingin melihat muka ku apabila berada di dalam dapur dan makanan yang aku buatkan untuk para perkerja yang lainya langsung tidak engkau jamah. Kadangkala kalau aku mengingatinya kembali, terukir senyuman pada wajah ku. Perasaan benci antara kita berdua mula tenggelam bersama waktu. Hari demi hari aku mencuba untuk memahami dirimu dan engkau pula dapat aku merasakan ada perubahan pada hubungan kita berdua. Di situlah bibit cinta mula berkembang. Hari kian berlalu dan perasaan ku mula tidak menentu. Setiap kali aku berkerja seakan tidak sah kalau tidak melihat senyuman mu yang menarik hati. Lesung pipi yang ada pada kedua pipi mu sungguh indah dipandang. 17 May adalah hari dimana kita saling melafazkan perasaan cinta yang terpendam . Namun hari ini dengan tarikh yang sama genaplah tiga tahun engkau tiada dalam hidup ku. Kemana hala tujunya janji kita berdua dulu? Setiap tahun pada tarikh ini,aku akan berada di pantai Puteri Sentosa. Kerana di sinilah kami melafazkan ikhlasnya hati kita berdua. Aku di sini untuk mengenangkan kembali kisah kita dengan menyimpan harapan agar engkau juga akan kembali ke mari. Setalah engkau pergi untuk menyambung pembelajaran mu ke luar negara, hatiku amat berat untuk melepaskan dirimu. Pada awalnya kita sering berhubungan melalui telefon dan semakin lama semakin jarang kita menanyakan khabar masing-masing. Setelah itu engkau hilang begitu saja tanpa berita. Hari bertukar menjadi minggu dan minggu pula bertukar menjadi bulan. Alangkah merananya hatiku seolah-olah meronta kesakitan. Aku memberanikan diriku untuk bertemu dengan keluargamu tetapi apa yang aku lihat pada hari itu adalah acara pernikahan sedang berlangsung. Hatiku bertambah luka dan air liur juga terasa amat pait untuk ku telan apabila melihatmu menikahi jejaka lain. Mataku tidak sanggup melihat suasana demikian apatah lagi hatiku ini. Mulai hari itu tiada lagi ku dengar khabar berita dari mu. Engkau menghilang dalam hidupku bagai debu yang ditiup. Senja kian menjelang, kelibatmu masih tiada jua di sini. Mungkin engkau sudah lupa pada ku. Di hujung sana aku melihat pasangan bersama anak kecil mereka sedang asyik bermain dengan gembiranya. Aku berdoa agar hidupmu seindah mereka malahan lebih baik dari apa yang aku lihat. Semoga saja rindu ku ini sampai kepadamu melalui bayu nan selembut sutera kerana cinta ku ini bagai titik yang panjang.

OLEH: M.N.ABDULLAH @ KARMA JUMANTARA

Thursday, 20 January 2011

Delay is not good

I woke up today in such emptiness. I try to finish off what i had started but somehow I'm not any mood for it. Have you ever got into such situation? I bet you did countless time. What ever it I just hope I'm able to finish it before my mind starts to rot. They say that if you got things to do today then you should attend to it without delaying it even a day or two because the more you delay the time it's just moving away from you.

Wednesday, 19 January 2011

siapakah kita?

Apabila kita melihat didalam cermin sudah tentu kita akan melihat bayangan rupa kita, tetapi sejauh mana kita memahami akan diri kita sendiri. adakah kita lebih baik dari hari ini ataupun kelmarin? adakah sepanjang minggu ini kita ada menyakiti hati seseorang samada kita sedari ataupun tidak? adakah kita layak menerima pujian ataupun pangkat yang telah diberikan? ada masanya aku berfikir apalah gunanya hidup jikalau tidak ada asam garamnya. sepanjang hidup ini kita masih lagi merantau tetapi merantau kemana entah kita pun belum pasti walaupun kita mempunyai tujuan dan arah yang di tuju. apakah yang akan kita lakukan sekiranya kita sudah sampai di tujuan dan hasrat kita? adakah semuanya akan berakhir di situ? bak kata bahasa orang barat 'the end is just the beginning'. ya, suatu penhujung itu hanyalah sebuah permulaan. namun sampai bila? kita tidak tahu bila akan terjadi sesuatu yang tidak kita ingini tetapi adakah kita semua sudah bersedia? kehidupan ini penuh dengan dosa namun pahala itu cuma sedikit. memang benar apa yang haram itu semuanya indah belaka tetapi yang baik itu semuanya umpama seksa. samalah juga dengan obat. mana ada obat yang manis semuanya rata-rata pahit.ada juga dalam hidup ini orang membenci kita, tetapi kita sendi tidak tahu apa kesalahan kita terhadapnya. memang sukar untuk difahami perilaku sedemikian tetapi inilah haikat hidup yang telah wujud sejak zaman Nabi Adam. manusia ini lemah tetapi mereka masih juga merasa diri mereka kuat dan gagah. merka semua bangga dengan dosa-dosa namun kian menjauhi dari Tuhan. aku sedar yang diriku ini juga mempunyai dosa namun masih juga ada orang yang mempunyai dosa yang lebih besar dari diriku ini. jangan kita berfikir bahawa kita telah berbuat banyak kebaikan namun hakikatnya ada lagi orang yang melakukan kebaikan dijalanNya. aku sering bertanya kepada diriku ini 'apakah yang aku cari didalam hidup ini?' sudah tentu aku akan mengatakan ianya adalah kehidupan. ya, aku mencari kehidupanan...aku tidak mencari kekayaan,tidak juga mencari kemiskinan. yang nyata aku mencari erti kehidupan ini kerana didalam hidup inilah ada segala-galanya seprti agama,pelajaran,pekerjaan dan lain-lain kerana jika aku cuma mencari satu ataupun dua maksud didalam hidup ini sudah pasti aku tidak akan mengeti akan erti hidup ini. sebab erti kehidupan ini akan kekal buat selamanya hingga kita di kubur sekalipun ianya tetap akan melangkah meskipun diri ini sudah tiada lagi. akhirnya kita pun bertanya kepada diri ini siapakah kita? jawapnya ada di hujung sudut kehidupanmu. jika kita seorang yang baik dan disayangi oleh keluarga dan kawan-kawan maka teruskanlah ia tapi jika kita tidak sedar akan siapakah diri kita ini ia tetap akan terserah kepada individu itu untuk mengerti akan dirinya sendiri walaupun mengambil masa yang lama. seseorang manusia itu tidak akan sepanjang hayatnya hidup MERATA hingga ke tua, sudah pasti ada perubahan sama ada yang nyata ataupun tidak. kita semua mesti berubah demi kebaikan kita.

Tuesday, 18 January 2011

perjalanan pulang

dalam perjalanan pulang ku dari kerja ke rumah, aku terfikir akan sesuatu. sampai bilakah kita akan menanti? kalau hidup penuh dengan penantian adakah ianya suatu yang baik ataupun tidak? hujan yang tadinya turun dengan renyainya tiba-tiba menjadi lebat. aku memperlahankan kenderaan ku dan ini memberikan masa yang panjang untuku berfikir. aku teringat akan sebuah rankap yang berbunyi 'kini kau tiada lagi dan yang tinggal hanya mimpi' memang benar akan ungkapan itu. apabila orang yang kita sayangi tidak berada disisi kita, sudah lazimnya kita akan merinduinya tidak kiralah kepada kekasih ataupun kedua ibu bapa kita. yang pasti manusia itu tidak akan sanggup hidup bersendirian dan jika mereka kehilangan sesiapa saja yang dekat dengan mereka sudah tentu yang akan tinggal dalam ingatan hanyalah kenangan dan mimpi. ada juga ungkapan yang berbunyi 'cinta sudah tiada lagi dan kini aku cuma mencari cinta yang abadi' sebenarnya cinta itu tidak pernah luput didalam hati manusiai. walau mulut mengatakan tidak cinta tapi jauh dilubuk hati mengatakan ia cinta. abadi disini yang dimaksudkan bukanlah cinta sesama insan tetapi cinta yang abadi kepada Tuhan. itulah cinta yang abadi. perjalanan ku semakin hampir ke rumah dan hujan semakin reda serta fikiran ku pun sedikit tenang. aku cuba untuk mengerti apakah erti sebuah penantian itu dan apakah erti kehilangan. bagi ku penantian itu sesuatu yang amat sukar untuk dilakukan dan erti kehilangan itu bermaksud kita akan mudah mengalah tetapi aku berharap kita semua tidak akan mengalah didalam hidup ini. kalau kita mengatakan hari ini aku bernasib malang cuba fikirkan sejenak bahawa masih ada lagi orang lain yang mempunyai hari yang lebih malang dari kita. maka bersyukurlah dengan apa jua nikmat yang diberikan kepada kita.

Monday, 17 January 2011

The Truth is....

when the truth walks away then ask yourself who is going to stay, today my mind is focus on truth. yes we do need honesty in life and who doesnt like honesty? telling the truth is always the hardest and even can be painful sometimes. its alright to feel such way rather then keeping the guilt in you. ever since i began my carrer right from the beginning i saw to much dishonesty and less truth. i met people who cant deny that they are wrong, i met people who cheat on each other, i even met people who are close to me like my family betray me right behind my back. the TRUTH is, we all cant handle the TRUTH. day in and day out we face so many agenda and scenario but are all base on honesty? Truth is create when someone have the urge to confront the guilt but for those who prefer to keep that guilt i hope they will change someday. i know how does it feel to keep the guilt in you. everyday it feels like your heart is scratching within its wall, dying to get out and for most the time your self esteem began to lower on you. keeping the guilt is not the right way but it will make matters worse, after all we are just human. its alright to feel hurt sometime. we need honesty in life, that is just the only way we keep oueselves aways from guilt.

Sunday, 16 January 2011

Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi

seawal subuh aku sudah pun terjaga. Aku keluar dari rumah dan aku duduk sejenak di bawah sepohon pokok kelapa. Buat sekian lamanya barulah kali ini aku melihat tajam ke arah langit. Betapa indahnya bintang-bintang menghiasi cakrawala, menerangi pekatnya malam inilah kuasa sang pencipta. Mata hati ku mula berbicara dan bertanya. Adakah kita setiap hari melihat dan merenung ke arah langit? Apabila kita 'melangui' ke aranya adakah kita bersyukur dan mengucap subhanallah? Adakah kita mengagumi karya Tuhan yang maha esa? Adakah kita sujud padanya? Bagiku perkara seperti ini amat jarang sekali berlaku. Seandainya Tuhan melenyapkan bintang-bintang di langit adakah kita akan sedar akan kehilanganya? Kita tidak akan sedar sesuatu itu sekiranya ia sudah hilang. Apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah, kita sebagai manusia pada akhir zaman ini amat jauh berbeza berbanding dengan manusia beratus-ratus tahun yang lalu. Kita terlalu sebok sehinggakan tiada masa untuk menyembah Tuhan.kita terlalu berbangga melakukan dosa-dosa. Hidup kita dipenuhi dengan pelbagai aktivi sehinggkan kita leka akan tanggung jawap utama kita. Mungkinkan ini cubaan dari Tuhan untuk umat Nabi Muhammad yang berada di akhir zaman ini? Fikiranku mula sedar dan ada juga perasaan takut. Maka wajarlah kita sebagai manusia ini harus tergur menegur antara sesama insan yang lain. Ingatlah bahawa tiada manusia itu yang kudus kecuali para Nabi. Aku mengingati diri ku dan juga para pembaca semua jika selama ini kita leka maka berubahlah, jika selama ini kita selalu mengatakan hal orang lain maka berubahlah dan aku yakin kita semua tidak akan berubah dengan sekelip mata. aku berganjak dari tempat duduk ku dan bercadang hendak melaksanakan solat tahajud. Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi. 82 surah yaseen