Wednesday, 26 January 2011

ENDLESS MOMENTS


"No matter how the road ahead is not what you imagine, at least there are still others who care to join along."
"Walaupun jalan di hadapan tidak seindah apa yang engkau bayangkan, sekurang-kurangnya masih ada yang sudi menumpang bersamamu."

Monday, 24 January 2011

Titik yang panjang: cinta yang luput

Aku gembira dengan kehidupan ku masa ini tetapi jauh di sudut hati ini masih lagi terkenang akan si dia. Perasaan bersalah semakin memamahku walau pada zahirnya aku ketawa. Suami dan anak ku sedang bermain di tepian pantai dan ini mengenangkan ku kembali saat indah bersama si dia. Sungguh aku amat menyintainya tetapi aku hanya seorang wanita yang tiada berdaya untuk melawan kehendak keluarga. Aku mengejar cita-cita ku dahulu dan mengorbankan masa yang lama demi untuk masa hadapan kami berdua. Pernah aku suarakan niat ku kepadanya tentang pembelajaran ku tetapi walau mulutnya mengizinkan aku pergi, jauh di lubuk hatinya ingin aku tinggal di sini bersamanya. Seandainya pada ketika itu dia dapat merasa apa yang aku rasai, sudah pasti aku akan tetap berada di sini dan mungkin saja bertemu jodoh di anatara kita berdua. Ayah dan ibu pernah mengingatkan ku tentang si dia dan mengatakan dengan Cuma hanya berkerja sebagai tukang masak, ianya masih belum mampu untuk menyara hidup kami berdua. Perkara ini tidak pernah aku nyatakan kepadanya kerana tidak ingin menyinggung hati dan perasaannya. Bagiku perkerjaannya itu bukanlah suatu halangan untuk kami bersama. Apabila aku melihat wajah anak ku Daniel, di mataku akan terkenang si dia. Peragainya yang lucu dan menciut hati kadang kala menjadi penghibur hatiku yang duka ini. Apabila aku berada dalam keadaan yang sukar, si dia sering membuatku ketawa. Ada kalanya tingkah dan gurau sendanya itu mengingatkan aku kepada Daniel. Di pantai inilah kami mula meluahkan perasaan masing-masing. Lidahku kaku untuk mengatakan luahan isi hatiku kepadanya lantas aku Cuma menganggukkan kepala ku. Di sinilah cinta kami mula mekar dan berbunga. Hari ini 17 May, aku sengaja membawa suami dan anak ku ke mari cuma untuk merista kembali kenanganku bersama si dia. Tetapi hatiku merasa bersalah kepadanya. Aku bagaikan telah menkhianti cinta kami. Yang sebenarnya aku menikahi Rizal bukan atas kemahuanku tetapi atas desakan keluarga. Jangan kata aku menyalahkan semuanya kepada keluargaku tetapi apa yang mereka lakukan itu adalah untuk kebaikan ku jua. Pada mulanya aku enggan menerima Rizal tetapi aku juga merasa serba salah pada masa yang sama. Aku mengenalinya sewaktu belajar di luar negara dan kebetulan keluargaku dan juga keluarganya saling kenal rapat lalu menjodohkan kami berdua. Apabila tamat pembelajaranku selang berberapa minggu kami pun bernikah. Perwatakan Rizal juga tidak ubah seperti si dia. Hanya pada hari pernikahan itu sajalah aku memberi si dia peluang untuk membela cinta kami. Sejujurnya aku melihat dia hadir di hari pernikahanku itu, tapi aku tidak bersuara. Entah kenapa pada hari itu aku merasa ingin lari dari semua ini namun aku berdoa agar dia menyuarakan cintanya. Malangnya doa ku tidak terkabulkan, wajahnya hilang begitu saja tanpa berkata apa-apa. Sungguh aku kesal tetapi mungkin saja jodoh di antara kita berdua sudah tiada. Hari ini adalah hari terakhir aku datang ke pantai ini. Cuma saja aku berharap dikau bahagia di sana bersama hidup mu tanpa ku. Senja semakin dekat, kami pun berpenyap hendak pulang apabila perasaan hatiku ini terasa seakan-akan ada seseorang yang memerhatikan kami dari jauh. Aku menoleh ke kanan dan di sana aku melihat kelibat seseroang yang sedang melihat ke arah kami. Hati ku bergetar seperti aku mengenalinya. Daniel memanggil namaku yang mana mereka sudah menungguku di tempat letak kereta. Apabila aku menoleh kembali ke arah yang sebelumnya, kelibat itu tiada lagi berdiri di hujung sana. Adakah itu si dia? Kenapa hatiku merasa bergetar? Cinta dan kasihku kini sudah dimiliki oleh orang lain tetapi seandainya engkau masih merinduiku, relakan aku pergi dan maafkan diriku kerana ini saja yangku minta darimu.

OLEH: M.N.ABDULLAH @ KARMA JUMANTARA

Sunday, 23 January 2011

DANGEROUS PLANT IN YOUR HOUSE


Did you know that danger lurks in a common plant often displayed in homes and offices? There is a plant called dieffenbachia amoena or "dumbcane," found in or around houses and office buildings that could be dangerous to your health, even deadly. It is a tropical plant displayed for its big leafy aesthetic qualities, but can cause muteness if the sap from its leaves or stem comes in contact with the mouth. The sap that this plant contains can burn the mouth, swell the tongue, or numb the vocal folds.The vocal folds are the parts of the larynx that vibrate together in order to create the sounds that will ultimately be articulated into words. Therefore, if the vocal folds are made numb by such a powerful sap, they will no longer be able to vibrate properly. This means they will no longer be able to create the sound for speech, causing muteness.Now obviously, this risk is not very high for older children and adults, but if you have younger children running around the house, especially curious ones, you should keep a very watchful eye on them. It is very possible they may stick one the leaves in their mouths. If a child has a bad enough reaction to the sap, it could actually kill them.The sap can also be toxic to open cuts. This becomes a danger to people that own them when they overwater this plant, which they tend to do because of its large size. This leads to the rotting of its roots as well as the base of the canes. To fix this problem, people cut the top of the stem to keep it alive and healthy. However, when the stem is cut open, the person is exposed to the poisonous sap, which could ultimately come in contact with any open cut he or she may have. The same danger will occur if the leaves are removed. Many years ago, slave owners of Caribbean sugar plantations used the sap to punish disobedient slaves. This plant can also attack the body's sex cells and can cause sterilization. In 1941, the Nazi's considered using it as a means for sterilizing the war prisoners, but due to shipping difficulties, they could not carry this plan out.

Saturday, 22 January 2011

AWAS POKOK TUMBUHAN INI!!!


Salam, Sila perhatikan pokok hiasan ini betul-betul. Jika anda sayangkan anak-anak dan keluarga anda, musnahkan pokok hiasan ini segera. Sekiranya anda menanam di kawasan rumah, meletak diruang tamu atau di tempat letak kereta. Pastikan selepas membaca pos...ting ini segera pindahkan pokok ini ke tempat yang jauh dari anak-anak anda. Pokok hiasan ini adalah yang sangat beracun boleh mengakibatkan kematian sekiranya anak anda mengigit daunnya. Kandungan racun yang kuat boleh membunuh kanak-kanak dalam masa kurang dari 1 minit. Bagi orang dewasa pula boleh membawa maut kurang dari 15 minit. Bayangkan betapa kuatnya racun yang terdapat pada daun pokok ini. Racun atau getahnya yang masuk ke dalam mata boleh menyebabkan buta. Kanak-kanak yang suka mengunyah terutama yang berumur 1 tahun ke 3 tahun yang tidak tahu apa-apa mungkin terkunyah daun pokok hiasan ini yang anda letak diruang tamu atau ditempat letak kereta, membawa padah. Kesan apabila mengigit daun beracun. Lidah akan terus membengkak dengan serta merta dan menghalangkan penafasan. Ini akan menyebabkan kematian kerana tidak dapat bernafas. Sila sampaikan kepada jiran-jiran dan saudara mara yang menanam pokok hiasan ini supaya memusnahkan pokok ini segera. Pokok ini sering terdapat di pejabat-pejabat dan sekolah-sekolah sebagai pokok hiasan kerana senang dijaga. Ia berasal dari Kenya , Rwanda dan Uganda . Senang tumboh di iklim negara ini. Daun yang besar dan hijau selalu diletak di kawasan taman awam. Sila maklumkan kerana terdapat kes kematian yang jarang dilapurkan diakibatkan oleh pokok ini. Selalu kes ini diklafikasikan sebagai "food poisoning". Keprihatinan anda menyebarkan berita ini mungkin dapat menyelamatkan nyawa seseorang

Friday, 21 January 2011

Titik yang panjang: kisah antara dua dunia

Pada ketika kau hembuskan kata-kata cinta pada teligaku, itulah antara saat-saat manis dalam hidupku bersamamu. Ingatkah engkau pada hari pertama kita bertemu? Sudah pasti engkau masih ingat akan ia. Ketika itu kau dan aku sering bertelingkah, kerap benci membenci. Di mata ku engkau adalah seorang pelayan restoran yang angkuh manakala engkau pula melihat ku sebagai seorang tukang masak yang ego. Engkau tidak ingin melihat muka ku apabila berada di dalam dapur dan makanan yang aku buatkan untuk para perkerja yang lainya langsung tidak engkau jamah. Kadangkala kalau aku mengingatinya kembali, terukir senyuman pada wajah ku. Perasaan benci antara kita berdua mula tenggelam bersama waktu. Hari demi hari aku mencuba untuk memahami dirimu dan engkau pula dapat aku merasakan ada perubahan pada hubungan kita berdua. Di situlah bibit cinta mula berkembang. Hari kian berlalu dan perasaan ku mula tidak menentu. Setiap kali aku berkerja seakan tidak sah kalau tidak melihat senyuman mu yang menarik hati. Lesung pipi yang ada pada kedua pipi mu sungguh indah dipandang. 17 May adalah hari dimana kita saling melafazkan perasaan cinta yang terpendam . Namun hari ini dengan tarikh yang sama genaplah tiga tahun engkau tiada dalam hidup ku. Kemana hala tujunya janji kita berdua dulu? Setiap tahun pada tarikh ini,aku akan berada di pantai Puteri Sentosa. Kerana di sinilah kami melafazkan ikhlasnya hati kita berdua. Aku di sini untuk mengenangkan kembali kisah kita dengan menyimpan harapan agar engkau juga akan kembali ke mari. Setalah engkau pergi untuk menyambung pembelajaran mu ke luar negara, hatiku amat berat untuk melepaskan dirimu. Pada awalnya kita sering berhubungan melalui telefon dan semakin lama semakin jarang kita menanyakan khabar masing-masing. Setelah itu engkau hilang begitu saja tanpa berita. Hari bertukar menjadi minggu dan minggu pula bertukar menjadi bulan. Alangkah merananya hatiku seolah-olah meronta kesakitan. Aku memberanikan diriku untuk bertemu dengan keluargamu tetapi apa yang aku lihat pada hari itu adalah acara pernikahan sedang berlangsung. Hatiku bertambah luka dan air liur juga terasa amat pait untuk ku telan apabila melihatmu menikahi jejaka lain. Mataku tidak sanggup melihat suasana demikian apatah lagi hatiku ini. Mulai hari itu tiada lagi ku dengar khabar berita dari mu. Engkau menghilang dalam hidupku bagai debu yang ditiup. Senja kian menjelang, kelibatmu masih tiada jua di sini. Mungkin engkau sudah lupa pada ku. Di hujung sana aku melihat pasangan bersama anak kecil mereka sedang asyik bermain dengan gembiranya. Aku berdoa agar hidupmu seindah mereka malahan lebih baik dari apa yang aku lihat. Semoga saja rindu ku ini sampai kepadamu melalui bayu nan selembut sutera kerana cinta ku ini bagai titik yang panjang.

OLEH: M.N.ABDULLAH @ KARMA JUMANTARA

Thursday, 20 January 2011

Delay is not good

I woke up today in such emptiness. I try to finish off what i had started but somehow I'm not any mood for it. Have you ever got into such situation? I bet you did countless time. What ever it I just hope I'm able to finish it before my mind starts to rot. They say that if you got things to do today then you should attend to it without delaying it even a day or two because the more you delay the time it's just moving away from you.

Wednesday, 19 January 2011

siapakah kita?

Apabila kita melihat didalam cermin sudah tentu kita akan melihat bayangan rupa kita, tetapi sejauh mana kita memahami akan diri kita sendiri. adakah kita lebih baik dari hari ini ataupun kelmarin? adakah sepanjang minggu ini kita ada menyakiti hati seseorang samada kita sedari ataupun tidak? adakah kita layak menerima pujian ataupun pangkat yang telah diberikan? ada masanya aku berfikir apalah gunanya hidup jikalau tidak ada asam garamnya. sepanjang hidup ini kita masih lagi merantau tetapi merantau kemana entah kita pun belum pasti walaupun kita mempunyai tujuan dan arah yang di tuju. apakah yang akan kita lakukan sekiranya kita sudah sampai di tujuan dan hasrat kita? adakah semuanya akan berakhir di situ? bak kata bahasa orang barat 'the end is just the beginning'. ya, suatu penhujung itu hanyalah sebuah permulaan. namun sampai bila? kita tidak tahu bila akan terjadi sesuatu yang tidak kita ingini tetapi adakah kita semua sudah bersedia? kehidupan ini penuh dengan dosa namun pahala itu cuma sedikit. memang benar apa yang haram itu semuanya indah belaka tetapi yang baik itu semuanya umpama seksa. samalah juga dengan obat. mana ada obat yang manis semuanya rata-rata pahit.ada juga dalam hidup ini orang membenci kita, tetapi kita sendi tidak tahu apa kesalahan kita terhadapnya. memang sukar untuk difahami perilaku sedemikian tetapi inilah haikat hidup yang telah wujud sejak zaman Nabi Adam. manusia ini lemah tetapi mereka masih juga merasa diri mereka kuat dan gagah. merka semua bangga dengan dosa-dosa namun kian menjauhi dari Tuhan. aku sedar yang diriku ini juga mempunyai dosa namun masih juga ada orang yang mempunyai dosa yang lebih besar dari diriku ini. jangan kita berfikir bahawa kita telah berbuat banyak kebaikan namun hakikatnya ada lagi orang yang melakukan kebaikan dijalanNya. aku sering bertanya kepada diriku ini 'apakah yang aku cari didalam hidup ini?' sudah tentu aku akan mengatakan ianya adalah kehidupan. ya, aku mencari kehidupanan...aku tidak mencari kekayaan,tidak juga mencari kemiskinan. yang nyata aku mencari erti kehidupan ini kerana didalam hidup inilah ada segala-galanya seprti agama,pelajaran,pekerjaan dan lain-lain kerana jika aku cuma mencari satu ataupun dua maksud didalam hidup ini sudah pasti aku tidak akan mengeti akan erti hidup ini. sebab erti kehidupan ini akan kekal buat selamanya hingga kita di kubur sekalipun ianya tetap akan melangkah meskipun diri ini sudah tiada lagi. akhirnya kita pun bertanya kepada diri ini siapakah kita? jawapnya ada di hujung sudut kehidupanmu. jika kita seorang yang baik dan disayangi oleh keluarga dan kawan-kawan maka teruskanlah ia tapi jika kita tidak sedar akan siapakah diri kita ini ia tetap akan terserah kepada individu itu untuk mengerti akan dirinya sendiri walaupun mengambil masa yang lama. seseorang manusia itu tidak akan sepanjang hayatnya hidup MERATA hingga ke tua, sudah pasti ada perubahan sama ada yang nyata ataupun tidak. kita semua mesti berubah demi kebaikan kita.