Sunday, 11 March 2012

Aku Fathur Satriawan: Bahagian ketiga


Tiada yang pasti sehingga kita melihat dan merasainya. Aku sering mendengar cerita yang disampaikan oleh mereka yang pulang dari rantauan. Ada diantara mereka yang dahulunya pergi berbekal wang hasil gadaian rumah atau tanah, sekembalinya membawa hasil yang lumayan cukup untuk hidup hingga ke anak cucu. Aku iri kepada mereka yang berjaya. Aku menanyakan soalan pada diriku sendiri kapankah aku akan merasa nikmatnya hidup mewah yang jauh dari belenggu kemiskinan. Aku tidak mengeluh tetapi aku mengenangkan anak berserta isteriku. Nurhadi seorang rakanku telah mempelawa aku untuk mencuba nasib di rantauan. Pada mulanya aku keliru dan berasa takut. Takut kerana di negaraku sendiri pun aku sudah hidup miskin apatah lagi jika aku yang berada di seberang mengadai rezeki dan nasib. Aku terpaksa memikirkan hal ini berbulan-bulan lamanya. Sehinggakan keluargaku menegur akan perubahan yang ketara itu. Aku suarakan niatku itu kepada Kartini isteriku dan juga Yuli. Memang seperti yang aku duga, mereka tidak rela aku pergi meninggalkan mereka berdua. Tapi aku nekad untuk pergi jua demi mencari rezeki. Aku titipkan mereka kepada saudara terdekatku. Sebelum aku melangkah pergi aku telah berjanji akan pulang membawa hasil yang lumayan. Segala perbelanjaan penerbangan dan kenderaan aku perolehi dengan mengadai rumah dan ternakanku sendiri. Dalam erti kata lain, aku pergi meninggal tanah air sehelai sepinggang sahaja. - Fathur Satriawan

Saturday, 10 March 2012

What if today


What if today I have all the money in the world?
What to become of me?
Friends and families
Will come from every corner
Telling me how they admire me.

What if today I am a homeless bloke?
What to become of me?
Friends and families
They will let me be
Yelling at me of how pathetic I am.

If one day
And only one day
You lose everything
Everything you earn and own
Only then you will know
How many real friends you have

Thursday, 8 March 2012

Aku Fathur Satriawa: Bahagian kedua


Setiap hari yang aku lalui ianya penuh dugaan dan cabaran. Adakalanya keadaan membuatkan diriku menahan sebak di dalam dada. Cemuhan yang disembur oleh segelintir masyarakat serba sedikit membuatkan diri ini terasa hina. Demi menyara hidup sehari-hari, aku belajar bersabar dan tersenyum. Segala perasaan yang terpendam ini aku simpan jauh di lubuk hati daripada pengetahuan anak dan isteriku. Masih aku ingat suatu ketika apabila anakku berkata
' Ayah, di sekolah kawan-kawan Yuli semuanya ada sepatu baru.' Alangkah hibanya hatiku ini disaat itu tambahan pula setelah melihat keadaan sepatunya yang sudah koyak dan bertampang. Walau Yuli tidak meminta dibelikan sepatu baru tapi cara ia berbicara sudah cukup untuk menjadi sindiran terhadap diriku. Aku tidak sampai hati mendengarkan keluhanya itu tapi apa jua caranya aku akan sedaya upaya mendapatkanya sepatu baru. Hingga pada suatu petang sedang aku menyodok longkang, aku terjumpa sepasang kasut yang sudah lama. Aku mengambil dan memeriksanya. Walaupun sudah lama dan kotor tapi sepatunya masih bagus. Lalu aku membersihkanya untuk dibawa pulang sebagai kejutan buat Yuli. Ia sangat gembira menerima sepatu itu tetapi ianya sedikit besar.
'Biarkan saja ia besar, agar nanti tidak usah beli yang baru lagi.' Nyataku kepada Yuli.
Itulah hasrat seorang ayah yang mengharapkan kebahagian orang lain untuk terus tersenyum. Orang lain cuma mampu melihat kita dari luaran tapi dalaman tiada yang mengerti. - Fathur Satriawan

Monday, 5 March 2012

Aku Fathur Satriawan: Bahagian pertama


Siapa yang tahu aku akan berkerja sebegini. Dulu sewaktu dibangku sekolah, cita-citaku ingin menjadi doktor. Tapi kini aku berkerja sebagai pembersih jalanan. Berkelengkapan alat pembersih seperti penyapu dan penyodok longkang aku berlegar siang dan malam demi menyara keluargaku. Aku tidak mempunyai pelajaran yang tinggi cuma setakat darjah 5 sahaja. Selepas itu aku membantu ibu menjual ikan masin di pasar. Cita-citaku tidak kesampaian hingga kini. Rezeki yang aku dapat hari ini hanya cukup untuk hari ini sahaja dan rezeki untuk esok masih belum pasti. Ada kalanya apabila duduk makan bersama isteri dan anak sulungku, hati ini seakan tidak sanggup menanggung beban hidup bersama. Seandainya aku diberi pilihan memilih takdirku, sudah pasti aku sanggup menderita daripada melihat anak isteri sendiri berkongsi kesedihan denganku. Tapi itu tidak akan terjadi. Mungkin ada hikmah disebalik kesusahan hidup yang kami lalui sekeluarga. Aku tidak meminta wang sebagai tanda kasihan akan tetapi aku menagih kehormatan daripada masyarat yang membina temadun ini. Aku juga manusia seperti anda semua. Tiada yang membezakan kita dimata Tuhan. Kita berpijak di bumi yang sama dan menghirup udara yang sama. Jadinya tanya pada diri sendiri 'siapakah aku untuk memandang hina sesama makhluk?' - Fathur Satriawan

Sunday, 4 March 2012

Sementara sahaja


Belajar menerima seadanya
Kerana hidup ini bersifat sementara
Miskin atau kaya
Tapi Allah maha kaya.

Kita ini makhluk binasa
Kekal bukan zahir kita
Cukup waktu musnah jua
Yang tinggal hanya arwah.

Aku berbicara bukan sebab aku tahu
Aku bermadah bukan mencari tempat
Tapi kerana aku juga manusia seperti kamu
Mencari pedoman dan hidup berkat.

Tiada guna pintar bermain kata
Kalau hanya tahu mencari nama
Lebih baik diam sahaja
Daripada mulut dan lidah menjadi penambah dosa.

Kita hadir ini hanya menanti waktu
Bila detik terhenti
Jasad berpisah
Barzah sedia menanti.

Tuesday, 14 February 2012

Kenangan lalu


Dalam kenangan lalu
Aku tergaman
Aku terpana
Melihat seraut wajah
Penuh cinta dan rindu.

Aku bagaikan tidak percaya
Kenangan itu masih mekar
Walau hakikatnya aku terluka.

Apa makna suatu penantian
Kalau hati yang merindu ini kian retak
Apa gunanya tangisan
Kalau semuanya sudah lama berlalu.

Ungkapanmu yang engkau lontarkan
Masih aku ingat
'Hidup ini perjuangan'
'Penuh dugaan penuh kegembiraan'
'Tapi yang mana akan kita pilih?'

Friday, 3 February 2012

Give me a reason


Give me a reason to live
When all hopes are gone
Give me a reason to see
When all wonders are set free
Give me a reason to run
When most of the ground are just rubble of ruin
Give me a reason not to speak
When words are seen as the enemy
Give me a reason to learn
When all the time are drained

Give me a reason to believe
When there are still weapons to weave
Give me a reason to fight
When all of us live in fear of the night
Give me a reason to protect
When all of them turn their back
Give me a reason to cry
When all tears had run dry
Give me a reason to reason
When each passing season are nothing more but war.