Sunday, 4 March 2012

Sementara sahaja


Belajar menerima seadanya
Kerana hidup ini bersifat sementara
Miskin atau kaya
Tapi Allah maha kaya.

Kita ini makhluk binasa
Kekal bukan zahir kita
Cukup waktu musnah jua
Yang tinggal hanya arwah.

Aku berbicara bukan sebab aku tahu
Aku bermadah bukan mencari tempat
Tapi kerana aku juga manusia seperti kamu
Mencari pedoman dan hidup berkat.

Tiada guna pintar bermain kata
Kalau hanya tahu mencari nama
Lebih baik diam sahaja
Daripada mulut dan lidah menjadi penambah dosa.

Kita hadir ini hanya menanti waktu
Bila detik terhenti
Jasad berpisah
Barzah sedia menanti.

No comments:

Post a Comment