
Siapa yang tahu aku akan berkerja sebegini. Dulu sewaktu dibangku sekolah, cita-citaku ingin menjadi doktor. Tapi kini aku berkerja sebagai pembersih jalanan. Berkelengkapan alat pembersih seperti penyapu dan penyodok longkang aku berlegar siang dan malam demi menyara keluargaku. Aku tidak mempunyai pelajaran yang tinggi cuma setakat darjah 5 sahaja. Selepas itu aku membantu ibu menjual ikan masin di pasar. Cita-citaku tidak kesampaian hingga kini. Rezeki yang aku dapat hari ini hanya cukup untuk hari ini sahaja dan rezeki untuk esok masih belum pasti. Ada kalanya apabila duduk makan bersama isteri dan anak sulungku, hati ini seakan tidak sanggup menanggung beban hidup bersama. Seandainya aku diberi pilihan memilih takdirku, sudah pasti aku sanggup menderita daripada melihat anak isteri sendiri berkongsi kesedihan denganku. Tapi itu tidak akan terjadi. Mungkin ada hikmah disebalik kesusahan hidup yang kami lalui sekeluarga. Aku tidak meminta wang sebagai tanda kasihan akan tetapi aku menagih kehormatan daripada masyarat yang membina temadun ini. Aku juga manusia seperti anda semua. Tiada yang membezakan kita dimata Tuhan. Kita berpijak di bumi yang sama dan menghirup udara yang sama. Jadinya tanya pada diri sendiri 'siapakah aku untuk memandang hina sesama makhluk?' - Fathur Satriawan
No comments:
Post a Comment