Wednesday, 3 November 2010

Si Kutat dan Si Kitut

CERITA ini bermula di sebuah kampung yang penduduknya hidup rukun damai. Di kampung ini tinggal sepasang kawan baik seumpama belangkas. Nama mereka ialah Kutat dan Kitut. Setiap pagi apabila hendak pergi ke sekolah,mereka selalu berjalan sebaya. Mereka sering membantu sesama sendiri. Pada satu hari ibu Kutat membelikanya sebuah kereta mainan yang dibelinya dari pekan.Kutat pun merasa gembira dan melompat-lompat sambil berterima kasih kepada ibunya. Selepas itu Kutat pun berlari menuju ke rumah Kitut untuk melihatkan mainanya itu kepadanya. Kitut terkejut apabila melihat manan Kutat yang cantik lalu Kitut pun berkata kepada Kutat yang dia ingin meminjamnya untuk sehari saja dan akan dipulangkan esok. Pada mulanya Kutat merasa keberatan untuk meminjamkanya tetapi oleh kerana mereka adalah kawan baik,maka mainan kereta Kutat itu secara rela dipinjamkan kepada Kitut. Selang berberapa hari Kutat sudah jarang lagi bertembung dengan Kitut. Apabila Kutat mencari Kitut di rumahnya, Kitut selalu saja bersembunyi. Hubungan mereka mula renggang dan oleh kerana itu Kutat pun tidak lagi mahu berkawan dengan Kitut. Setiap kali Kutat terserempak dengan Kitut secara tidak sengaja, Kutat pasti akan menagih kereta mainanya itu yang dijanjihi oleh Kitut akan mengembalikanya. Tetapi Kitut selalu saja memberi pelbagai alasan. Kutat sudah tidak sabar lagi dan terus memberitahu hal tersebut kepada ibunya. Pada malam itu ibu Kutat menjumpai ibu Kitut dengan perasaan marah dan meminta untuk mengembalikan kereta mainan itu kepada Kutat. Setelah berjam-jam bertengkar Kitut pun berterus terang kepada Kutat yang kereta mainanya itu telah terjatuh ke dalam sungai. Kitut meminta maaf kepada Kutat tetapi Kutat tidak menerima maaf Kitut kerana dia telah banyak kali berbohong. Mulai hari itu mereka pun tidak lagi bersama dan masing-masing dengan halnya sendiri...TAMAT

MORAL CERITA HARI INI: semua manusia mempunyai kawan rapat dan oleh kerana kawan kadang-kadang kita terpaksa memberikan/meminjamkan sesuatu kepada mereka dengan alasan tidak ingin menguris hatinya namun begitu, selagi namanya manusia ia hanya manis dimulut...sifat meminjam tidak salah dari sisi agama dan masyarakat tetapi ia tidak digalakan dan oleh kerana itu kawan yang rapat umpama belangkas pun boleh menjadi musuh. Sekiranya kita ingin meminjam sesuatu dari seseorang, maka haruslah ia dikembalikan dengan keadaan atau jumlahnya yang asal. Jangan kerana mulut yang manis berkata 'pinjam', suatu persahabatan itu akan menjadi pahit, seperti cerita si Kutat dan si Kitut.

No comments:

Post a Comment