
Pakaianya umpama warna pelangi
Mukanya dicoteng untuk menghiburkan hati.
Telatahnya melakar senyuman
Inilah kisah badut jalanan.
Disiang hari dia bertemankan kesedihan
Dimalam hari dia melukis senyuman.
Rezeki itu ada di mana-mana
Baginya tiada halangan melanda.
Malam menjelang dengan secebis harapan
Untuk menaburkan bibit kegembiraan.
Namum dibalik senyumanya
Tersirat kesedihan di dada.
Tiada yang mengerti
Tiada yang peduli.
Apabila dia menghiburkan hati kita
Pernahkah kita berterima kasih padanya.
Walau tiada wang untuk diberi
Senyuman ikhlas pun jadi.
Baginya tiada yang lebih bermakna
Asal sahaja orang lain menghargainya.
No comments:
Post a Comment