Mak Su cuma tersenyum melihat telatah Shawal apabila dia menari sambil mendengar lagu diradio.
Mak Su pun menegur anaknya itu dengan manja agar tidur lebih awal kerana esok mereka akan berjaja di tamu. Beginilah keadaan Mak Su bersama anaknya Shawal yang sudah berumur 24 tahun. Mak Su telah kehilangan suaminya 6 tahun yang lalu sewaktu berada di lautan sedang mencari rezeki. Kehidupan Mak Su dan Shawal cuma bergantung pada jualan cucur di tamu. Shawal pula seorang remaja yang menghidap asperger sindrom iaitu sejenis autisma. Walaupun Shawal mempunya masalah berkomunikasi dengan masyarakat tetapi keadaan fizikalnya tidak pernah menjadi halangan untuknya membantu ibunya. Shawal dapat menulis dan membaca seperti orang lain malahan Shawal memang minat membaca. Apabila berada di warung ibunya, jika dia tidak melakukan apa-apa perkerjaan, Shawal akan membaca surat akhbar dan mana-mana artikel yang diminatinya, dia akan memotongnya dengan rapi dan menyelitkanya ke dalam buku miliknya. Keesokan harinya sewaktu dalam perjalanan menuju ke tamu, Mak Su telah terlupa untuk membawa bekalan dari rumah. Shawal menyedarinya dan mengatakan kepada ibunya yang dia akan berlari menuju ke rumah untuk mengambilnya. Mak Su sememangnya tidak mengalakan anaknya itu untuk pergi berjalan berseorangan tetapi memandangkan bekalan itu berisi wang dan kakinya pula terasa sakit, terpaksalah Mak Su membenarkan Shawal untuk pergi. Shawal menarik ibunya ke tempat yang teduh lalu terus meninggalkanya di situ. Dia berlari menuju ke perahu tambang sambil mengulangi kata-kata dari ibunya agar berhati-hati walaupun jarak antara rumah dan tamu itu tidak jauh. Selang berberapa minit kemudian Shawal pun tiba dengan membawa bekalan ibunya itu. Sambil tertawa Shawal mencium pipi ibunya dan mereka pun beredar dari sana untuk menuju ke tamu. Di suatu sudut bandar itu, Shawal tiba-tiba berhenti kerana dia terpandang seorang lelaki yang berada di tepi jalan sambil meluahkan kata-kata puisi. Mak Su menarik tangan Shawal tetapi dia tidak berganjak dari tempatnya itu malahan Shawal asyik mendengarkan puisi yang disampaikan oleh lelaki itu. Lelaki itu menyampaikan puisinya dihadapan orang ramai dengan lantangnya. Tiba-tiba Shawal menutup telinganya apabila terdengar suara laungan hon kereta dari seberang jalan dan barulah dia beredar dari situ besama ibunya. Semasa berada di tamu, biasanya Shawal akan berada di atas bangku kegemaranya sambil membaca surat khabar,tetapi pada pagi itu Mak Su melihat anaknya itu berada di belakang gerainya. Memandangkan kawasan di belakang gerai itu luas, dia pun membiarkan sahaja Shawal di sana. Tersenyum juga Mak Su memerhatikan gelagat Shawal yang diikutinya sepertimana lelaki menyampaikan puisi tadi. Pada hari itu malangnya jualan Mak Su tidak seberapa lumayan oleh kerana hujan yang turun dengan lebatnya. Sementara menunggu cuaca agak reda untuk pulang, Mak Su dan Shawal duduk di bangku dan tiba-tiba dengan tidak sengahaja, Mak Su tersadai buku milik kepunyaan Shawal. Mak Su mengambilnya tetapi apabila dia ingin melihat isi di dalamnya, dengan pantas Shawal merampasnya. Memang Mak Su selalu ingin tahu apa sahaja yang ditulis oleh anaknya itu tetapi dia faham kenapa anaknya bertindak merampas buku itu daripadanya. Sambil menunggu hujan reda, Mak Su pun dengan manja membelai rambut anaknya Shawal lalu diletakanya di atas bahunya. Berberapa hari kemudian sewaktu ingin berangkat untuk berjaja, Mak Su merasa tidak enak badan dan sering batuk-batuk. Shawal yang seolah-olah tidak memahami keadaan ketika itu cuma berdiam diri sahaja tetapi pada hakikatnya dia sangat mengerti apa yang dialami oleh ibunya itu. Mak Su tetap ingin meninggalkan rumah tetapi Shawal enggan melepaskan tangan ibunya itu dan menariknya balik ke pintu rumah. Keadaan kesihatan Mak Su memang sangat membimbangkan kerana dahulu dia sering pengsan dan mempunyai masalah jantung yang lemah. Mak Su pun akhirnya terpaksa berehat sahaja di rumah sambil ditemani oleh anaknya. Pada malam itu, Shawal tidak lena tidur kerana sering dikejutkan oleh suara batuk ibunya itu. Dengan cepatnya Shawal menuju ke dapur dan dia terkejut melihat ibunya sedang terlentang di lantai. Rupanya Mak Su ingin minum tetapi dia tidak dapat berdiri lalu dia hanya berensot menuju ke dapur. Shawal dengan segera mengangkat ibunya dan diletakan di dalam bilik tidur. Barulah selepas itu Shawal membawakan Mak Su segelas air dan memberinya minum. Shawal pun tetap diam di samping ibunya itu hinggalah terlelap. Keesokan harinya apabila Shawal bangun di samping ibunya itu, ternyata Mak Su sudah meninggalkan anaknya itu terlebih dahulu. Shawal memangil-mangil ibunya sambil mengoyangkan tangan ibunya yang sudah tidak bernyawa lagi. Shawal menerju keluar rumah dan mengetuk jiranya untuk meminta bantuan. Akhirnya jenazah Mak Su selamat dikebumikan tetapi setelah penduduk kampung meninggalkan tempat kawasan perkuburan itu, Shawal masih lagi teresak-esak di hadapan batu nisan ibunya itu. Shawal tidak mempunyai sanak saudara dan mulai hari itu dia terpaksa hidup berdikari walaupun keadaanya tidak serupa seperti insan yang lain. Hari-hari yang dilalui oleh Shawal tidak lagi serupa seperti dahulu yang mana dia terpaksa hidup bertemankan kesunyian dan berjaja cucur di tamu berseorangan. Setiap pengalaman yang dilaluinya sudah pasti akan dicatitnya di dalam bukunya. Segala sajak dan cerita-cerita mengenai kehidupanya dan hal ehwal masyarakat dimuatkan didalam bukunya itu. Tahun pun berlalu dengan cepatnya tidak disangka walaupun Shawal seorang insan yang berbeza dari segi fizikal namun dia telah berhasil melakar nama di dalam dunia penulisan. Namanya menjadi buah mulut para penulis dan penyair. Seorang manusia itu tidak sepatutnya dipandang rendah walaupun pada zahirnya dia seorang insan yang kurang upaya, tidak berpelajaran ataupun sudah lanjut usia. Tiada apa pun yang membezakan darjat antara sesama insan kerana akhirnya ke tanah jua bakal menanti kita semua dan bagi mereka yang masih mempunyai orang tua, sayangilah mereka dan jangan sekali-kali menyusahkan mereka kerana sebelum itu cuba fikirkan betapa susah mereka menjaga serta mendidik kita menjadi insan yang berguna.
No comments:
Post a Comment