Friday, 25 March 2011

Tukang kasut


Apabila terbit sang mentari
Embun pun mengering
Kau akan membawa diri
Bersama hati yang tenang

Kau menuju ke destinasimu
Demi mencari sesuap nasi
Melayan karenah manusia satu persatu
Memberi senyuman tiada henti

Wahai si tukang kasut
Tenanglah kau menjalani hidup yang sederhana
Hari ini mungkin nasib mu agak kusut
Namun ia akan terlerai jua

Kau pulang sebelum senja
Membawa rezeki dengan senyuman
Kau dakap isteri dan anak mu di sana
Kau bersyukur kerana masih lagi ada nikmat dari Tuhan

Walau hidangan cuma nasi dan ikan
Isteri dan anak mu tidak pernah mengeluh
Lebih baik hidup serba kekurangan
Daripada hidup yang terus dilanda masalah

No comments:

Post a Comment