
Wahai gadis kecil
Apakah yang ada di tanganmu?
Wajahmu seakan ingin mengatakan sesuatu.
Mana ibumu dan mana ayahmu?
Matamu yang biru adalah amat indah
Namun kenapa ianya memandang dengan resah gelisah?
Ditanganmu ada sekeping roti
Kau mengendong boneka yang lama
Seolah-olah kau mengharapkan kasih sayangnya.
Wahai gadis kecil
Renungan matamu membisik dikalbu
Merindui kelembutan kasih sayang seorang ibu.
Senyumlah wahai si gadis
Gembiralah seakan dunia milikmu
Kerana perjalanan ini masih cerah dihadapanmu.
Langkah demi selangkah
Aku berdoa atas kesejahteraanmu di sana
Aku mohon kau sentiasa dilindungi oleh-Nya.
No comments:
Post a Comment