Bila ku terkenangkan namamu,
Bermainlah ingatan masa lalu,
Apabila kau berada dekat disampingku,
Bagai dunia milik kau dan aku.
Namun kini mendung diwajahmu,
Berlinangan hujan membasahi pipimu,
Katakan lah wahai kekasihku,
Apa yang membuat diri bersedih.
Ku hulurkan tanganku,
ku husapi air matamu,
Agar engkau tahu,
Betapa cintaku padamu.
Janganlah kau sedih,
Jangan pula kau mengeluh,
Aku akan tetap menyayangimu,
Walau siang dan malam.
Kasihku kepadamu,
Akan selalu bertakhta dihati,
Walau sampai ke hujung waktu,
Cinta ini tetap bersemi dihati.
Senyumlah wahai kekasih,
Engkau lah lambang semangatku di dunia,
Walau sekiranya hatiku tersisih,
Pasti ia akan kembali ke hatimu jua.
No comments:
Post a Comment