Saturday, 17 July 2010

DUNIA

Aku meneruskan perjalanan ini,
Bersama hati yang sedih,
Tiada teman untuk mendampingi,
Apa yang ada cuma secebis hati yang pedih.

Apabila malam menjelang,
Angin yang berpuput lembut,
Menemani jiwa yang sulong,
Aku pun merenung kepada gelap malam yang memekat.

Mengapa manusia itu kejam?
Kanak-kanak dan wanita,
Korban mangsa keadaan yang tiada kelam,
Usahlah bersengketa kerana hal yang dapat dibawa kemeja.

Ketuklah pada pintu hati sendiri,
Renungkan apa yang akan terjadi kepada dunia,
Sekiranya kita masih lagi mementingkan diri,
Tenggelam didalam arus masa yang penuh bencana.

No comments:

Post a Comment