Hari isnin hari selasa,
Aku bangun dan aku berdoa,
Hari selasa hari rabu,
Aku terus berkerja demi mencari rezeki dan kerana Tuhan yang satu,
Hari rabu hari khamis,
Senyuman kekasih tetap saja aku rindu dan aku tetap saja mengemis,
Hari khamis hari jumaat, aku juga terus mengemis dan memohon agar hidup penuh rahmat,
Hari jumaat hari sabtu,
Bebananku semakin berat namun aku terus bersabar dan terus berdoa kepada Tuhanku,
Hari sabtu hari ahad,
Aku ingin menyingkirkan debu yang masih hinggap.
No comments:
Post a Comment