Monday, 13 June 2011

Ada lagi cinta


Hadirmu mencipta lembaran baru
Mengundang harapan dan rindu
Namun tanpa senyuman mu
Bagai suria dibalik awan nan kelabu

Ku renung kembali detik penuh makna
Menyingkap kisah suka dan duka
Aku hilang dari pandangan ikhlas mu
Hanya untuk melihat waktu cepat berlalu

Dedaunan cinta gugur layu ke bumi
Walau hakikatnya tiada ku sedari
Cuma diremangnya malam
Mimpi indah akan pudar menjadi seram
Hati ku kini bagai dilanda badai
Rindu ku kusut tak terlerai

Nama mu ku sahut bertalu
Nama mu ku tiup bersama bayu
Mana mungkin engkau akan kembali
Aku pula tidak akan mengenang lagi
Biarkan hidup kita berdua dibawa arus waktu
Mungkin satu hari nanti kita akan bertemu

Sunday, 12 June 2011

Let love be

How I wish to be with you,
When there are so much things to do,
In the day or in the night,
I hold your hand tight,
When you shed tears,
Lay down on my shoulder,
Life is moving fast,
Love is growing vast,
We are not perfect,
We are not in a conflict,
We only know how to love and care,
May our love blooms in the air.

Saturday, 11 June 2011

Concrete heart


Under the pouring rain,
Soaking wet,
I walk this lane,
Bringing along a beating heart.

I keep it safe,
I keep it warm,
While threading the land of broken hope,
Protecting it from the on going storm.

I travel so far,
Only to see you,
I thread under the stars,
Weaving clouds like tissues.

I can only say that I love you...

Tuesday, 7 June 2011

An anniversary that no one remembers.


Sunny beaches
Friendly skies
Warm weather
Cool breeze in the air

At the corner is where she sits
Looking rather sad
Folding pages of dairy she writes
'...when will he understand...'

An old man drinks at the bar
Once a war hero in Tigrid
Now is just a loner
Drinking his life away with regret

A married couple are in an argument
Never to come on a conclusion
Fading memories of such sweet moment
A bond that went stone-cold and beyond

Children are celebrating birthday party
Where actually it is not anyone's birthday
They can only pretend
Laughing their way to uncertainty

Today is my anniversary
All I can see are people with their own matter
Hiding emotions in many ways
Still
Today is not like any other day and that no one bothers to remember

Saturday, 28 May 2011

Titik yang panjang: perpisahan yang belum pasti

Semuanya bermula disini. Dihati yang dahulunya ketandusan cinta lalu dibasahi oleh air hujan yang telah sekian lama aku nantikan. Namun hujan itu tidak akan bercurahan sepanjang tahun. Aku kehilangan nikmat hidup selama 5 tahun disebabkan koma yang aku hidapi setelah kemalangan kapal terbang suatu ketika dahulu. Aku kehilangan hampir kesemuanya tetapi apa yang membuat hatiku cekal untuk sembuh adalah rasa cintaku kepada Sheila. Walau pada ketika itu badanku tidak dapat merasakan sepenuhunya sentuhan, namun hatiku masih mampu untuk merasa. Sheila adalah kekasihku, meskipun kami berdua berlainan bangsa, tetapi ianya tidak menghalang diri ini untuk mencintainya. Di dalam hangatnya cinta kami itu, sudah pasti akan ada pihak yang tidak merestui perhubungan kami berdua. Tentangan itu datangnya daripada arus keluargaku sendiri. Pelbagai anggapan yang mereka lontarkan terhadap Sheila sehinggakan ada kalanya membuat diriku terasa bersalah kepada Sheila kerana sering membuatnya menangis. Kami berbincang ingin menikah pada hujung tahun itu di negaranya kerana perbelanjaan di sana amat murah berbanding di sini dan tambahan pula dengan situasi keluargaku yang kian renggang. Sheila pulang ke negaranya sebulan lebih awal dan aku pula menyusul pada bulan seterusnya kerana aku terpaksa memohon cuti di tempat kerja dan sekaligus menyiapkan dokumen-dokumen yang penting. Pada hari tersebut ketika aku bersedia untuk menaiki pesawat, entah kenapa perasaanku tidak menentu. Walaupun begitu aku tidak ingin memikirkanya kerana aku tahu yang aku akan menikahi gadis pilihanku. Sewaktu dalam penerbangan itu, aku sempat melihat album gambar kami berdua dan gambar yang terakhir aku tatap adalah gambar kami berdua sewaktu berada di satu jemputan makan malam. Tiba-tiba keadaan pesawat mula menjadi gundah, lampunya pula berkerdipan dan selepas itu kedengaran pula bunyi seperti ada yang meletup dari belakang. Di dalam keadaan yang sedikit kelam aku dan kesemua penumpang yang lainya merasa ketakutan. Aku gengam erat lengan kerusi dan aku pejam mataku sambil berisigafar dan mengucap dua kalimah shahadah. Gegaran semakin kuat diikuti pula dengan suara para penumpang lainya menangis sambil berteriakan. Selepas itu keadaan menjadi samar-samar, mataku dikaburi oleh asap, telingaku pula terasa bengal dan pada ketika itu juga aku terlentang di bawah kerusi. Aku tidak sedar apakah yang berlaku pada ketika itu cuma yang aku tahu adalah aku terjaga di dalam sebuah bilik dengan peralatan seperti yang ada di dalam rumah sakit. Badanku terasa lemah sehinggakan apabila aku mengerakan anggotaku yang lainya terasa amat berat. Selang berberapa minit selepas itu, aku melihat ibu masuk ke dalam bilik tersebut dan ia terperanjat melihatku. Aku dapat melihat yang ibuku seolah-olah memanggil ahli keluargaku yang lain kerana pada waktu itu pendengaranku tidak seberapa jelas. Tidak lama selepas itu mereka pun memeluk tubuhku dan secara perlahan aku dapat mendengar perbualan mereka tetapi apabila aku ingin mengatakan sesuatu dari mulutku, yang keluar cuma ayat-ayat yang bercelaru dan tidak menentu. Aku bersyukur kepada tuhan kerana aku masih lagi ada peluang untuk hidup. Berberapa hari seterusnya, aku sudah dapat bergerak, itupun cuma leher dan separuh badanku. Aku diusung dengan kerusi roda untuk menghirup udara yang segar. Barulah aku tahu yang aku telah berada dalam keadaan koma selama 5 tahun lamanya. Dalam tempoh masa itu, aku telah kehilangan waktu dan aku juga tertanya-tanya apakah nasib yang menyebelahi Sheila. Hasratku untuk bertemu dengan Sheila juga tidak pernah aku nyatakan kepada keluargaku kerana aku tidak mahu perkara yang dahulu kembali lagi. Hari berlalu dengan cepatnya dan aku juga menjalani terapi pemulihan dengan tujuan ingin bersua kembali bersama Sheila. Selama 4 tahun aku menjalani terapi pemulihan itu barulah aku mampu untuk berdikari. Namun malangnya selepas kemalangan itu, aku telah kehilangan daya rasa pada lidah dan separuh dari badanku ini. Aku masih mampu berjalan tetapi adakalanya aku merasa kekejangan datang secara tiba-tiba pada kakiku. Keadaanku tidak lagi seperti dahulu kala. 9 tahun lamanya aku meninggalkan Sheila dengan harapan dia masih lagi menantiku. Untuk kali keduanya aku pun berlayar bersendirian untuk menjumpai Sheila di negaranya. Memang aku tidak pernah ke tempatnya tapi aku masih ingat alamat yang diberinya dahulu kepadaku. Aku tiba di lapangan terbang lalu terus mencari teksi dan memberikanya alamat rumah Sheila. Dia melihatku dengan wajah yang dalam kehairanan lantas mengatakan yang tempat tersebut amat jauh. Aku memohon kepadanya sambil mengunjuki duit yang lumayan sebagai ganjaran untuk membawaku ke sana. Akhirnya dia pun bersetuju dan dalam perjalanan tersebut aku pun menceritakan tentang tujuanku dan kisah kehidupanku selepas koma. Setelah 12 jam aku pun tiba ke destinasiku. Keadaan di kampung Sheila sama seperti di perkampungan biasa cuma ianya berdekatan dengan pantai di mana aktiviti nelayan giat dijalankan. Pada ketika itu jam menujukan pukul 5.30 petang dan aku terus menanyakan penduduk di sana tentang alamat rumah Sheila. Dengan sopan dan ramah mereka pun menunjukan kepadaku rumahnya. Ianya agak besar dan kelihatan sedikit mewah berbanding dengan rumah-rumah yang ada di persekitaran itu. Aku mengetuk pintu rumah itu dan keluar seorang lelaki menanyakan geranganku. Aku pun memperkenalkan diriku kepada lelaki itu dan terus menyatakan tujuanku yang sebenarnya. Rupanya lelaki tersebut adalah abang Sheila yang pernah ia ceritakan kepadaku seketika dahulu. Dia pun mempelawa diriku masuk dan memperkenalkanku kepada ahli keluarga Sheila yang lain seperti kedua orang tuanya dan adik-beradiknya. Namun kelibat Sheila masih belum kelihatan kerana abang Sheila sedang menceritakan kepada ahli keluarganya yang lain mengenai tujuanku datang ke sana. Dapat aku rasakan yang mereka semuanya bagaikan tidak percaya akan cerita yang disampaikan itu kerana mereka dan juga Sheila menganggap aku telah tewas dalam kemalangan dahulu. Jam sudah menunjukan pukul 6.20 petang dan pintu rumah tersebut pun diketuk dari luar. Aku yang masih duduk di kerusi merasa terkejut melihat beberapa orang anak-anak kecil meraju masuk dengan cerianya. Apabila aku menoleh kebelakang, di situlah aku melihat Sheila. Dia yang kelihatan agak berisi sambil mendukung seorang anak kecil bagaikan tidak percaya akan kehadiranku itu. Rupanya dia sudah pun menjadi milik orang lain. Suaminya adalah seorang tentera tetapi malangnya pada hari itu dia tidak ada di sana kerana sedang bertugas. Sheila mendekatiku untuk melihat dengan lebih jelas samada aku adalah lelaki yang dahulu pernah ia cintai. Namum selama 9 tahun lamanya, sememangnya aku sudah menyangka hal sebegini akan berlaku. Aku cuma ingin mengatakan ucapan terima kasih dan maaf kepada Sheila. Ucapan terima kasih adalah kerana telah memberikaku semangat untuk terus hidup dan berusaha manakala ucapan maaf pula adalah kerana aku tidak mampu melaksanakan janjiku kepadanya untuk bernikah. Selesailah tujuanku itu, aku pun meminta diri kepada mereka semua. Sebaik saja aku hendak meninggalkan rumah tersebut, aku sempat melihat ke arah Sheila dan aku melihat air mata mula membasahi pipinya. Aku tidak tahu apakah yang ada didalam fikiranya pada ketika itu, tetapi yang pasti aku masih dapat merasakan cinta. Aku pun menaiki teksi yang tadi dan kembali ke lapangan terbang untuk pulang ke negaraku. Sejujurnya aku merasa hampa dan sedih tetapi apa kuasaku untuk melawan takdir Tuhan. Sebulan berlalu dengan kenangan yang pahit namun kini tiada lagi yang dapat aku rasakan cuma kerinduan kian mendalam. Semoga saja Sheila mendapat hidup yang lebih bermakna.

Thursday, 26 May 2011

Give me hope


The strugle I endure
All the tears I shed
Give me hope
So I may not bled

With all the time I have
With all the choices are in my hand
All I want is your love
Together again

Life is not easy
Nor it is mean
It can be a bully
You can also win

Give me hope
Give me chance
So that I may cope
With life's challenge

Tuesday, 24 May 2011

Dust and sands


Along the shore
Underneath the sun
I make my way
To find a piece of heart
Yet
It is not here
Only cracked heart.

Will there ever be tomorrow?
For me to catch your love
To fondle your silhouette
Yet
Why my heart began to fade away?

Even if the ocean separates us
My heart is unwilling to be apart
Tears will not make you come to me
The fact I am crying
But still I long for you
Here I am
Befriend with the dust and sands
So that I may confess to them about how I miss you so much.